Sunday, 7 December 2014

Cerpen : Cinta Sempurna 3






Lonely? Memang dia rasa agak lonely bila jalan seorang diri di mall besar ni. Seorang diri tanpa ditemani teman mahupun kekasih. Jika dulu dia ada Nazrin yang selalu menemani dia ke mana-mana tetapi… Argh, tak berbaloi dia ingat Nazrin. Lelaki macam tu hanya menambah episod duka dalam hidupnya. Ternyata dia jatuh suka pada orang yang salah. Orang yang tidak pandai menghargai sekeping hati miliknya.

Tiba-tiba Safina ternampak sepasang kekasih yang mesra bergelak ketawa. Terus Safina pakukan kaki. Diam tak bergerak. Nazrin nampak bahagia di samping Liyana. Biarlah, dia dah tiada kaitan dengan Nazrin lagi. Ikatan hati antara mereka sudah lama terlerai. Tiada apa yang perlu dikenangkan lagi. Lebih baik dia pergi dari sini sebelum mereka sedar akan kehadirannya.

Safina undur beberapa tapak ke belakang, ingin mengelakkan dirinya daripada Nazrin dan Liyana. Tidak mahu mereka terus mencercanya. Tanpa disedari tubuhnya dirempuh kasar dari arah belakang membuatkannya tersungkur ke lantai. Sakit!

Baru Safina ingin menghamburkan kemarahan kerana dirempuh dari belakang, terus mati niatnya bila seraut wajah sedang berdiri tegap di hadapannya. Safina mengeluh. Katakanlah yang ini semua mimpi. Sebab dia memang tak nak terserempak dengan lelaki ni lagi kalau boleh.

Redza hulur tangan, nak bantu dia bangun. Safina mencebik. Dia bangun tanpa menyambut tangan Redza. Ingat dia isteri Redza nak main pegang-pegang tangan? Memang taklah!

“ Mata kau letak kat mana? Takkan aku yang besar macam ni tak nampak? Nak kata rabun tapi kau tak pakai cermin mata. Apa masalah kau pun aku tak tahulah.”

Redza hanya tersenyum.

“Aku sengaja langgar.”

“Apa?” Safina dah bulatkan mata. Sengaja?  Redza memang nak makan penampar dia hari ni.

“ Pekak ke? Takkan nak aku ulang dua kali.” Sinis Redza menjawab.

Okay… Redza memang patut dapat penampar dia hari ini.

“Kau ni memang…”

“Hai Redza.” Kata-kata Safina mati bila ada satu suara menegur Redza dari arah belakang Safina.

“Siapa ni Redza? Amboi… baru balik dari London terus dapat awek baru. Tak nak kenalkan dengan aku ke?” Nazrin mengusik. Liyana turut tersenyum manja sambil merangkul erat lengan Nazrin.

Safina masih diam tak berkutik. Dia ketap bibir. Kalau boleh dia tak nak jumpa Nazrin lagi. Redza dihadapannya tersenyum sinis. Bagai dapat membaca hatinya yang tidak mahu berhadapan dengan Nazrin.

“ Awek? Bukan… dia tak layak jadi awek aku.” Selamba Redza bersuara membuatkan Safina makin tergamam. Tipu kalau dia cakap dia tak sedih bila Redza cakap macam tu biarpun Redza musuhnya. 

Dia juga ada hati dan perasaan. Ingat dia tak boleh rasa terluka ke? Dia faham dia tak layak untuk Redza tetapi perlu ke Redza mengatakannya terus di depan muka dia? Tercalar maruahnya.

Rasanya lebih baik dia pergi dari situ. Mukanya dah tebal berinci-inci. Dia takkan biarkan Redzaa malukannya lagi. Lebih-lebih lagi di depan Nazrin dan Liyana. Baru dia melangkah dua tapak tiba-tiba lengannya direngkuh dari belakang. Safina tergamam. Dia cuba meleraikan cengkaman Redza di lengannya namun tak berjaya. Dia lihat Nazrin dan Liyana juga terkejut melihat kehadirannya di situ.

“ Safina Adilea Hussin. Bukan awek aku tapi bakal isteri aku. Mesti korang ingat dia lagi kan? Budak kelas kita.” Ujar Redza memperkenalkan Safina kepada Nazrin dan juga Liyana.

Safina tersentak.  Bakal isteri? Redza dah gila ke apa? Dia cuba lepaskan diri namun Redza makin tarik dia rapat ke sisi Redza. Safina ketap gigi geram. Dia tak nak terlibat dengan hidup Redza kalau boleh tetapi apa yang Redza lakukan sekarang bagaikan menjerut lehernya.

“Miss Ugly? Kau bergurau ke? Takkan kau nak kahwin dengan perempuan macam ni?” Nazrin ketawa sinis. Mustahil Redza benar-benar maksudkannya. Bukankah mereka berdua musuh di zaman persekolahan dulu. Jadi bila masa pula Redza dan Safina bercinta? Dan… Safina cintakannya.

“ Perempuan macam ni? Apa maksud kau?” Redza angkat kening menyoal. Dia kurang suka dengan ayat tu.

“ Redza… kalau you nak cari isteri, biarlah yang padan dengan you. Bukan macam perempuan ni.” Liyana menyampuk. Dia tak dapat terima kenyataan bila Redza nak berkahwin dengan Safina. Safina langsung tak layak untuk Redza! Sedangkan dia yang cantik ni pun Redza tak pandang inikan Safina. No way!

Guys, perempuan ni ada nama dan nama dia Safina Adilea Hussin. Nak aku tolong ejakan?” Redza menekan suaranya.  Safina di sisinya hanya diam dari tadi tapi dia tahu dalam diam Safina, pasti rasa marah dan bengang sudah mula menjentik tangkai hati wanita itu. Dia tahu…

“ Okay, sorry but seriously you wanna marry her?” Nazrin masih tak berpuas hati. Takkan semudah itu Safina melupakannya?

Redza angguk kepala. Mukanya serius.

“Yup, why not? I love her and she love me. So whats wrong with that? Do you have a problem?”

Safina tunduk kepala. Nafasnya tertahan sekejap.Saat ini perasaannya bercampur baur. Dia benci mendengar luahan palsu Redza dan dia rasa sangat rendah diri bila Liyana tak habis-habis telek dia dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Dan juga pandangan Nazrin yang sinis sedikit sebanyak melukakan hatinya. Semua ini salah Redza… Tak cukup lagi ke Redza mahu malukan dirinya? Tak cukup lagi ke Redza? Hati Safina merintih…

“No but… dia tak layak untuk you Redza. Look at her. Dia tak cantik. Tak elegan. You pulak… you have everything Redza… everything that all women want! You boleh pilih perempuan yang lagi cantik daripada dia.Yang lagi seksi dan lagi hot dari dia.” Liyana membangkang keras. Dia pandang Safina penuh dengan rasa jelek. Entah apa yang Redza pandang pada Safina pun dia tak tahulah.

Stop it! Korang salah faham. Ini semua tak betul. Redza cuma…” Safina mencelah.

Sorry, kitorang gerak dulu. Nak pergi cari cincin. Jangan lupa datang wedding kami nanti. Bye.” Redza potong ayat Safina. Terus dia tarik lengan Safina berlalu dari situ meninggalkan Nazrin dan Liyana yang masih tak puas hati dengan keputusan Redza yang ingin berkahwin dengan Safina.

“Lepaslah Redza!” Safina menjerit kecil. Dia benci bila Redza menyentuhnya. Bukan setakat sentuh. Tengok muka Redza pun dia tak suka!

Redza buat tak dengar. Kakinya laju melangkah.

“Redza!” Safina menjerit geram. Dia pukul lengan kekar Redza namun Redza masih buat tak tahu.

“Aku belum pekak lagi.”

Safina mengeluh. Dia dan Redza belum ada ikatan yang membolehkan Redza menyentuhnya sesuka hati. Walau hanya setakat lengan yang dipegang oleh Redza dan beralas… namun mereka masih bukan muhrim.

“ Kau tahu aku tak suka kau buat aku macam ni tapi kenapa kau buat juga. Kau nak aku benci kau seumur hidup aku ke?”  Safina meluahkan rasa. Dadanya sarat dengan kepedihan.

Redza berhenti melangkah. Dia pandang Safina yang sudah merah wajahnya. Ada air mata yang mahu mengalir dari mata cantik itu.

“ Fina… I’m sorry. Aku tak bermaksud…” muka Redza berubah.

“ Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak pernah susahkan hidup kau. Aku tak pernah cari pasal dengan kau tapi kenapa kau suka sangat buat hidup aku tunggang langgang? Kau rasa bahagia ke bila tengok aku macam ni?” air mata Fina mengalir lesu. Dia dah tak peduli kalau Redza nak kata dia lemah. Sungguh, hatinya sakit saat ini. Terserempak dengan Nazrin yang dulu dia cinta separuh mati, ditambah pula dengan onar yang Redza taburkan… benar-benar buat dia hilang semangat.

No… jangan salah faham. Aku boleh terangkan, Fina.” Dia benci melihat air mata di wajah Safina. Ingin saja dia menyapu air mata itu dan menarik Safina ke dalam rangkulannya namun semua itu mustahil. Safina bukan miliknya. Sudahnya Redza hanya meraup kasar rambutnya.

“ Kau nak terangkan apa lagi? Mengaku je yang kau memang tak suka tengok aku bahagia dari dulu sampailah sekarang. Apa yang kau cuba buat tadi? Aku bakal isteri kau?” Safina ketawa lirih. Dia menggeleng perlahan.

“Fina…” Redza menelan air liur sendiri. Ah, Safina benar-benar terluka dengan perbuatannya. ‘Apa yang kau buat ni Redza? Tapi aku ada sebab. Aku…’

 “ Betullah kata diorang tu. Aku memang tak layak untuk kau. Bukan setakat isteri tapi nak jadi kawan kau pun aku tak layak. Memang… aku tak cantik. Aku tahu tu malah aku dah lama sedar. Aku tak harapkan pertolongan kau untuk ingatkan aku. Kau memang sengaja perkenalkan aku sebagai bakal isteri kau sebab nak tengok Nazrin dan Liyana ketawakan aku. Kan?”

“ Bukan tu maksud aku.” Redza menafikan.

“ Tolonglah Redza… jangan libatkan aku lagi dalam hidup kau. Aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi. Cukuplah tadi, aku benarkan kau malukan aku depan diorang. Aku harap kau puas dengan apa yang kau buat tadi. Memang itu tujuan kau kan? Malukan aku sampai aku takkan berani angkat muka depan orang lain.”

Redza melangkah ke depan. Menghampiri Safina yang terluka. Namun Safina mengangkat tangan menghentikan langkah Redza.

“Cukup. Jangan rapat dengan aku lagi. Jangan masuk campur dalam hidup aku lagi. Lepas ni, aku harap kau tak muncul depan muka aku lagi. Fine, aku maafkan kau kali ni walaupun aku rasa aku tak patut maafkan kau. Tapi… yalah. Siapa aku ni? Manusia hodoh yang tak layak menghukum orang lain. Bukan macam kau yang…” bicara Safina tersekat.

Mata safina bulat bila Redza menekup mulutnya.

“Boleh tak kau diam untuk sesaat ni sebelum aku kiss kau dekat public?” bisik Redza perlahan. Hampir dengan wajahnya.

Safina menolak jauh tangan Redza dari mukanya. Darjah kepanasannya semakin mencanak naik. Redza memang melampau! Baru je Safina ingin memuntahkan kemarahan Redza kembali bersuara.

Shut up dear… or I will kiss you for real.” Serius Redza menuturkan ayat itu.




Bersambung…



P/S: Berjuta-juta lemon sorry saya ucapkan sebab lambat update entry lagi (sambil hentak kepala kat dinding). Ni pun Redza muncul dalam mimpi saya suruh update citer pasal dia. (tipulah tu kan..hahaha)

Okay sayangku semua….enjoy reading entry yang tak seberapa dari saya sebab saya nak cabut awal2 sebab mesti ada yang rasa nak baling berjuta-juta lemon kat saya sebab citer ni belum ada ending lagi. Chiow!!!

14 comments:

  1. x sabar nk baca sambungan..mmg rasa cam nk baling lemon je ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahh .. best la .. cepat la buad sambungan nye sis , x saba nak bace nie

    ReplyDelete
  3. ok bestlah cite nie. Bila nak sambung lagi...Tak sabra nak tengok reza ngan safina sama2

    ReplyDelete
  4. Bila ad smbungn?? Huhu btw bestt sngt

    ReplyDelete
  5. Best gila cerita ni! You're such a good writer, seriously. Next chapter please...

    ReplyDelete
  6. sgt best....nk lg...pleaseee :)

    ReplyDelete
  7. best best . bila nk sambung ?

    ReplyDelete
  8. Bila nak sambung chapter baru?? Tak sabar nak baca lagi

    ReplyDelete
  9. Cepatlah..... nk smbungan ni... xbest lah kalau separuh jln ni,,,,,
    Huhuuuuu.... cepatlah...

    ReplyDelete
  10. Dh nk msuk bln 4 dh..smbunglah cpat awaa

    ReplyDelete
  11. BEST. Bila nak ada sambungannya??

    ReplyDelete