Saturday, 19 October 2013

Cerpen : Cinta Seorang Teman





Aku menguap beberapa kali. Mata sudah semakin layu tapi kelibat Sany masih lagi belum muncul. Sweater yang tersalut di tubuh aku tarik rapat ke dada menahan sejuk yang mula mencengkam. Aku boleh beku kalau duduk lama-lama kat sini. Dahlah sejuk, sakit hati pulak tu. Jam yang berada di pergelangan tangan aku jeling sekilas. Dah pukul 10 malam. Maknanya dah dua jam aku tunggu Sany macam orang bodoh kat perpustakaan ni!

Aku meliarkan pandangan ke sekitar perpustakaan. Student tak berapa ramai sangat. Memang jarang yang datang ke perpustakaan pada waktu malam. Hanya aku yang terlebih rajin dan bermurah hati menjengukkan diri ke perpustakaan pada malam ini dan kesudahannya aku tercongok macam tunggul kayu. Batang hidung Sany langsung tak kelihatan!

Akhirnya aku buat keputusan untuk balik saja. Esok kalau aku jumpa Sany kat kelas tahulah aku nak buat apa kat dia. Beria-ia suruh aku ajar Tax tapi buat perangai macam ni pulak. Kalau macam ni la ceritanya lebih baik aku duduk rumah tengok Running Man kat lappy. Buang masa aku aje. Buku teks Tax yang tebal tu aku angkat, tak lupa juga nota yang aku sudah siapkan, nak bagi Sany faham. Huh, elok juga kalau aku hempuk buku tebal ni kat kepala Sany, biar kurang sikit sakit hati aku sebab dia biarkan aku tunggu lama kat sini.

Baru aku berpusing aku terkejut bila tiba-tiba ada orang menyergah aku dari belakang. Aku hampir terduduk kerana terkejut. Bergema ketawa Sany kerana berjaya mengejutkan aku. Dengan selambanya dia duduk kat kerusi yang aku duduk tadi. Gelaknya masih belum berhenti. Kalau datang setakat nak sakitkan hati aku baik tak payah datang. Aku ketap gigi geram. Tanpa menghiraukan gelaknya yang masih bersisa aku terus meninggalkannya.

“ Linda!” panggil Sany dari belakang. Aku melajukan langkah. Malas nak tengok muka tak bersalah lelaki tu. Dahlah tak reti nak minta maaf sebab datang lambat, disergahnya aku pulak. Macamlah tak tahu yang aku ni mudah terkejut.

Sany tarik hujung tudungku membuatkan langkahku terhenti. Mahu lucut tudung ni kalau aku jalan jugak. Sekelip mata Sany dah ada kat depan mata aku. Senyuman tersungging di bibirnya.

“ Kau nak apa?” aku tanya kasar. Tak ada mood nak cakap baik-baik sekarang ni. Angin puting beliung aku dah datang.

“ Aku nak kau. Boleh?” ujar Sany loyar buruk.

Aku mencebik geram.  Main-main!

“ Sebelum buku ni melayang kat muka kau baik kau ke tepi. Aku nak balik. Lepas ni jangan cari aku lagi kalau kau nak apa-apa. Aku dah tak nak berurusan dengan orang yang tak pandai nak tepati waktu.” Aku ingin melangkah tapi langkahku tersekat bila Sany berdiri di depanku.

I’m so sorry… Aku bukan sengaja datang lambat. Kereta aku kena langgar tadi. So, aku hantar pergi bengkel kejap.  Aku nak inform kat kau pun tak boleh sebab aku lupa nak bawa handphone. Aku tahan budak mana entah tadi, minta tolong dia hantar aku ke sini sebab aku tahu yang kau mesti tunggu aku.”

Penjelasan Sany membuatkan aku sedikit tersentak. Sany kemalangan? Ya Allah, nasib baik dia selamat.

Sorry, aku tak tahu.” Perlahan aku bersuara. Rasa bersalah kerana mengutuk dia dari tadi sedangkan aku tidak tahu kejadian sebenar yang menimpanya. Itulah Linda, lain kali dengar dulu apa yang orang nak cakap. Jangan main tuduh melulu saja.

Sany mengarahkan aku duduk. Aku menurut.

“ Relaxlah. Bukan salah kau pun. Salah orang yang langgar aku tadi. Letak mata kat mana entah. Lampu isyarat merah dia bantai jalan juga, tak sempat aku nak elak dah kena langgar dengan dia.” bebel Sany. Mukanya sedikit keruh. Pasti Sany sedikit ralat bila kereta kesayangannya berada di bengkel sekarang ini.

“ Habis tu kau biar dia terlepas macam tu aje ke? Takkan tak minta ganti rugi?” sedikit geram aku bertanya. Geram kepada orang yang melanggar Sany sebenarnya. Kalaulah orang tersebut ada di hadapannya sekarang ini, sudah pasti dia sudah sembur habis-habisan!

“ Dah… bil repair kereta nanti aku bagi kat budak tu. Dialah yang kena bayar nanti.”

“ Nasib baik kau tak apa-apa.” Sedikit sebanyak aku lega bila Sany tak ada cedera di mana-mana. Buatnya dia cedera parah, tak ke naya dan mujur juga umur Sany masih panjang, kalau tak… hilang kawan baik aku sejak diploma ni…

“ Kau tak nak tanya sama ada aku ada sakit kat mana-mana ke?”  Sany buat muka sedih. Macam teruk sangat je sakitnya.

“ Nak kena tanya ke?” Aku buat muka pelik

“ Tanyalah…” desak Sany.

“ Kau ada sakit kat mana-mana ke?” aku layankan jugalah angin Sany yang nak mengada.

“ Hati aku sakit…” Sany buat muka sakit sambil pegang dada.

“ Apa kena mengena dengan hati pulak?” aku kerut dahi. Aku tengok dia macam okay je… tak ada injured kat mana-mana.

“ Hati aku sakit bila aku fikir kalaulah aku tak selamat tadi, tak sempat aku nak jumpa kau.” jiwang Sany tiba-tiba. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

“ Sengal punya jawapan.” aku mencebik.



******************************


Tanganku laju mencatit nota bila Sir Hafiz mengajar di depan. Subjek AIS memang subjek yang aku suka sebab subjek ni best ditambah pula orang yang mengajarnya muda. Segar sikit mata aku ni. Hehe, gatal aku ni!

Tumpuanku terganggu bila Sany merampas pen yang aku guna. Aku pandang wajah dia yang nampak kelat.

“ Kau kenapa?” aku jungkit kening tinggi.

“ Bosanlah. Mengantuk. Mata aku macam tak boleh nak buka.” Balas Sany menjawab pertanyaanku. Aku keluarkan gula-gula yang memang sengaja aku letakkan dalam pencil case dan bagi kat Sany. Sany ambil tanpa banyak soal dan sumbat ke dalam mulut.

Aku kembali menumpukan perhatian dan sekali lagi Sany mengganggu dengan menyepak kakiku. Aku dah jeling berapi kat dia.

“ Aku bosan ni.” ujar Sany perlahan. 

“ Kalau kau bosan kau bosanlah sorang-sorang. Jangan kacau aku. Aku tengah semangat ni.” aku turut berbisik perlahan. Takut Sir Hafiz dengar perbualan kami.

“ Kau memang, bila Sir Hafiz ajar cerah aje mata tu tapi cuba kalau Madam Afifah yang ajar… selamba badak letak kepala atas meja.” Kutuk Sany pula.

“ Itu lain cerita. Lagipun biasalah kalau perempuan tertarik dengan lelaki. Lagi senang aku nak absorbed dalam kepala kalau lecturer yang mengajar tu lelaki tapi tengok jugaklah cara dia mengajar. Kalau rupa superb tapi tak pandai mengajar pun tak best jugak kan… it depends.”

“ Kalau aku jadi lecturer mesti ramai student fall in love dengan aku sebab aku pun boleh tahan kacaknya.” Sany tersenyum nakal. Mukanya ceria. Hilang sudah ngantuknya.

 “ Owh pleaselah… jangan nak perasan sangat.” Aku juih bibir. Angkat bakul sendiri pula lelaki ni. Perasan sungguh!

“ Bukan perasan tapi ni namanya kenyataan.” Ujar Sany tidak mahu mengalah.

“ Sany, Linda… kamu ada benda ke yang nak dikongsikan dengan kelas?” teguran daripada Sir Hafiz mematikan bicara kami berdua. Budak kelas aku semua dah pandang kitorang. Erk… habislah…

No sir…” balas Sany. Dia hanya tersenyum sumbing.

Why not both of you share dengan kami semua. Saya pun nak tahu juga apa yang kamu sembangkan sampai saya mengajar pun kamu tak dengar.”

“ Ni semua salah kau.” aku marah Sany perlahan. Aku sepak kaki dia kat bawah meja

“ Apa pulak aku, kaulah yang salah.” Sany tak mahu mengaku. Kaki aku pulak yang disepaknya.

“ Siapa suruh ajak aku bersembang.” Kalau Sany tak kacau aku tadi mesti Sir Hafiz tak tegur kitorang.

“ Siapa suruh kau layan?” Sany membalas.

“ Saya tak suruh kamu sambung bersembang. Saya suruh kamu berdua cerita kat depan ni.” Sir Hafiz bersuara tegas.

“ Erk…sir…” aku dan Sany dah terkebil-kebil.




******************************



“ Sany kol ke?” tanya Hijah sambil tersenyum penuh makna. Hijah budak sekelas merangkap housemate aku.

“ Aah, dia tanya pasal case study Law. Dia tak sure madam nak case yang macam mana.” Aku melabuhkan duduk di sofa. Mata terpaku melihat Izzue Islam yang sedang berlakon di dalam drama SSID. Cutenya Izzue, tengok banyak kali pun tak bosan. Kalau dapat jadi suami kan best!

“ Dia tak ada cakap pasal rindu, cinta or sayang ke kat kau?”

Aku tergelak besar dengan kata-kata Hijah. Gila apa Sany nak cakap macam tu kat aku. Aku bukannya kekasih dia.

“ Kau jangan nak buat lawaklah. Sah dia buang tabiat kalau dia sebut ayat tu semua kat aku. Aku pun tak sanggup nak dengar. Rasa pelik aje.”

“ Kau memang tak ada apa-apa perasaan ke kat dia? Ke hulu ke hilir dengan dia. Buat assignment pun sama-sama. Study pun sekali. Pendek kata almost 24 hours jugaklah kau spend masa dengan dia.” Nabila yang duduk di sebelahku pula menyoal. Diorang ni nak aku bercinta dengan Sany ke?

He’s just my best friend, not more than that. Lagipun kitorang dah kenal lama. Since diploma lagi and aku tak sangka pula dapat sambung degree kat tempat yang sama dengan dia. Dah lama kawan dengan dia, sikit pun aku tak ada feeling.” Jujur aku mengaku. Macam mimpi ngeri je kalau Sany jadi kekasih aku. Sany dan aku? Erk… sangat tak sesuai!

You know what Linda… hubungan baik antara lelaki dan perempuan susah nak maintain lama sebab mesti salah seorang akan tersasar. Jatuh hati kat kawan baik sendiri. Benda ni dah selalu sangat jadi. So, it’s possible to happen between you and Sany.”

Nonsense.” Aku menggeleng perlahan. Mustahil perkara seperti itu akan berlaku di antara aku dan Sany.

“ Sany pun boleh tahan handsomenya. Kau pun cantik. Sesuai sangatlah korang berdua.” Hijah masih lagi berusaha nak padankan aku dengan Sany tapi aku hanya dengar saja. Umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Malas nak lekat dalam hati. Tak ada gunanya kerana hubungan aku dan Sany tak akan berkembang ke mana. Tak akan lebih dari seorang kawan.

“ Yup. Kau macam tak tahu yang ramai junior and senior kita yang minat kat Sany. Budak kelas kita pun ada yang minat tapi sekali pun aku tengok Sany tak pernah nak layan diorang. Asyik nak berkepit dengan kau aje.” Hah, ni lagi seorang mak cik yang suka sangat nak aku dan Sany bersama. Sudahnya aku picit dahi. Pening dengan kerenah diorang yang entah apa-apa.

“ Tak bermaksud kalau ramai orang minat dia, aku pun kena minat dia juga.” Aku mencebik. Ingat Sany tu famous macam Anuar Zain ke sampai semua orang nak kena minat dia.

 “ Aku nak lepas ni bila kau jumpa dia, kau dengar betul-betul degupan jantung kau. Ada rasa berdebar tak. Kalau ada tu maksudnya kau dah jatuh cinta.” Sempat Nabila memberi pesanan.
Aku terdiam. Berdebar bila jumpa Sany? Mengarut!




******************************



Aku perhati wajah Sany yang sedang elok duduk di hadapanku. Tidak dapat dinafikan yang Sany memang handsome.  Kulit cerah, mata hitam pekat, hidung mancung, bibir merah… wajah yang sangat maskulin. Selama ni orang sibuk cakap yang Sany kacak tapi aku tak pernah pandang dia betul-betul. Mungkin dah biasa sangat tengok dia kot. Pandang banyak kali pun tak rasa apa.

Aku pegang dada kiri. Merasa degupan jantungku. Cuba kenal pasti jika aku rasa berdebar bila berhadapan dengan Sany. Hurm… tak ada rasa apa-apa pun. Rasa macam biasa aje. Maknanya aku memang tak ada perasaan la kat dia? Confirm! Spontan aku mengukir senyuman. Teori Nabila dan Hijah langsung tak boleh pakai…

Sany gawang tangan dia di depan wajahku.

“ Kau sakit ke? Tenung aku dari tadi lepas tu sengih sorang-sorang.  Waras ke tak ni?” soal Sany pelik. Mungkin hairan melihat tingkahku yang dari tadi hanya memerhatikan wajahnya.

“ Aku sihat walafiat. Teringin sangat ke nak tengok aku sakit?” aku jungkit kening menyoal.
Cepat-cepat Sany geleng kepala.

“ Tak tapi aku pelik bila kau asyik tenung aku lama-lama tadi. Erm… kau ada rasa apa-apa tak masa tengok aku?” Sany mula buat muka serius tapi aku nampak dia cuba tahan senyum.

“ Rasa apa?”

“ Rasa berdebar ke…” Sany berbisik perlahan. Bajet nak buat suara romantiklah tu. Tak layan!

“ Rasa meluat ada la.” Aku buat muka macam nak muntah. Rasa macam ayat tu boleh buat aku sakit sepanjang hari.

“ Amboi. Directnya… kecik hati aku dengar.” Sany tertawa kecil. Dia campak pemadam dia kat aku tapi sempat aku sambut. Haih Sany ni, aku buang pemadam dia ni baru tahu.

“ Aku gurau ajelah.Tak adalah sampai meluat tapi rasa berdebar tu memang tak ada. Bukannya aku ada feeling pun kat kau.” jujur aku berkata. Memang betul, aku langsung tak ada perasaan pada Sany. Nabila dan Hijah sengaja nak bagi jiwa aku kacau agaknya. Suruh aku analisis hati sendiri. Sah, aku macam tak percaya dengan diri aku sendiri sebab ikut cakap diorang. Apalah kau ni Linda…

Sany tergelak mendengar bicaraku. Gelak pulak dia. Tak kelakar langsung okay…

“ Member kita semua ingat kita bercinta sebab aku dengan kau asyik berkepit je. Kau tak rimas ke bila diorang buat spekulasi macam tu?” soal aku tiba-tiba. Teringin juga nak tahu apa yang Sany fikir.

“ Biarlah, mulut orang memang macam tu. Ada aje yang tak kena. Tak payah fikir sangatlah. Selagi kau dan aku tahu kedudukan sebenar hubungan kita, apa yang diorang cakap kau tak payah pedulikan.” Selamba Sany membalas. Mukanya tenang. Sesekali matanya fokus membaca nota subjek Maf kerana lusa ada kuiz.

“ Orang nak takle aku terus tak jadi kalau tengok aku asyik dengan kau. Rugilah aku kalau macam tu.” aku mengeluh perlahan.

“ Apa susah, kalau tak ada orang nak kau aku kan ada. Kahwin ajelah dengan aku. Aku ni lelaki idaman Malaya tau. Beratur orang berbaris nak jadi calon isteri aku.”

“ Sudahlah kau. Tak habis-habis nak puji diri sendiri.” aku buat muka.

“ Aku cakap betul ni Linda. Andai kata kalau tak ada orang yang nak kau nanti jangan segan silu cari aku sebab aku akan sentiasa terima kau dengan hati yang terbuka.”

But what if on that time you already have someone else?”

“ Apa susah, lelaki kan boleh kahwin empat. Kau boleh jadi bini nombor dua aku.” Sany dah ketawa besar. Amboi, bahagia nampak! Belum kahwin lagi dah ada hajat nak pasang empat.  Tak pandai jaga hati perempuan langsung. Tak rela aku nak berlakikan dia kalau macam nilah perangainya. Reject!!!

“ Gila... Daripada jadi bini kau yang kedua lebih baik aku kahwin dengan Faiq. Dah sah-sah aku akan jadi bini dia yang pertama dan terakhir sebab dia kan suka sangat kat aku.” aku tersengih mengenakan Sany. Teringat pada rakan sekelasku yang bernama Arif Faiq yang kami panggil sebagai Faiq. Dia begitu gilakan aku sampai suka sangat bagi aku coklat cadburry hampir setiap hari.

Mula-mula aku kenal dia memang aku rasa annoying la juga sebab dia memang tak segan tunjuk perasaan dia kat aku. Dah lama-lama tu aku buat tak tahu je. Dah lali kata orang. Aku tak terima cinta dia tapi aku tetap anggap dia kawan aku. Dia lelaki yang baik cuma yang peliknya macam manalah dia boleh suka perempuan macam aku? Nak kata aku pandai, aku biasa-biasa je. Nak kata aku rajin, memang taklah… kalau dah sampai due date baru aku buat assignment tu. Nak kata aku cantik, erm… bolehlah, aku ni manislah jugak. Sejuk mata orang memandang. Hahaha. Puji diri sendiri pulak!

Sany pula suka sangat buat muka bila Faiq bercakap dengan aku. Macam anti sangat. Umpama lelaki tu merupakan musuh ketat dia! Haih, aku pun tak faham dengan diorang ni.

“ Kalau tak sebut nama lelaki tu boleh tak?” muka Sany dah berubah bila aku sebut nama Faiq. Kan aku dah cakap tadi. Dia memang tak suka Faiq!

“ Yang kau anti sangat dengan dia kenapa? Dia tak cari pasal pun dengan kau.” aku cuba membela Faiq. Lelaki tu tak bersalah pun tapi Sany marah macamlah si Faiq tu dah buat kesalahan yang tak boleh dimaafkan.

“ Habis tu kau sukalah dia asyik menyendeng dengan kau?” sindir Sany pedas. Hilang sudah kemesraan pada suaranya.

“ Mana ada dia asyik berkepit dengan aku. Kau ni kenapa?” suara aku keras. Hati diterjah rasa panas. Panas hati bila dituduh begitu. Faiq nak rapat-rapat dengan aku? Lawak betul… Faiq langsung tak ada peluang nak dekat-dekat dengan aku sebab ke mana saja aku pergi pasti Sany ada di samping aku.

“ Aku tak suka dia.” muka Sany Serius.

Aku tersenyum sedikit. Dari dulu lagi aku tahu memang Sany tak suka Faiq. Kesian Faiq…

So what If you did’nt like him. Bukannya aku nak suruh kau kahwin dengan dia tapi aku yang nak kahwin dengan dia bila dah tak ada siapa yang nak aku nanti.” Aku mengungkit balik isu yang kami bicarakan tadi. Bukanlah aku nak kahwin betul-betul pun dengan Faiq tapi kalau jodohku memang ada dengan dia untuk apa aku menolak. Terima ajelah…

“ Kau nak kahwin dengan dia?” Sany tersenyum sinis.
Aku angguk. Sany nak marah sangat ni kenapa?

“ Langkah mayat aku dulu kalau kau nak kahwin dengan dia. Jangan haraplah kau nak hidup dengan lelaki tu sebab aku tak akan izinkan. Aku lagi rela kahwin dengan kau daripada terpaksa tengok kau dengan dia.” serius Sany berbicara membuatkan aku terdiam. Nak tanya lebih-lebih tapi Sany macam dah tak ada mood nak bercakap dengan aku. Kesudahannya kitorang diam aje lepas tu.



******************************



“ Kau pergi kelas tak?” tanya Nabila. Aku tengok dia dan Hijah dah bersiap hendak ke kelas. Pagi ni aku ada kelas Tax dan Far.

“ Tak laratlah. Kepala aku pening. Tadi pun muntah-muntah.” Aku tarik selimut  sampai paras dada. Lepas subuh tadi, keadaan aku terus jadi macam ni. Lemah tak bermaya. Dah banyak kali jugaklah aku keluar masuk tandas sebab muntah. Perit tekak. Kepala pulak tak payah cakaplah. Berdenyut-denyut!

“ Jom pergi klinik. Nanti melarat susah pulak.” Saran Hijah.

“ Tak naklah. Kau macam tak tahu yang aku tak suka pergi klinik.”

“ Degillah kau ni. Jomlah, risau aku tengok kau macam ni. Tak tenang aku nak pergi kelas.” Nabila tarik selimut yang aku pakai. Wajahnya bimbang.

“ Aku tak apa-apa. Jangan risau. Korang pergi je kelas.”

“ Betul ni?”

“ Betul. Jangan lupa salinkan notes untuk aku.” rugi tak datang kelas tapi kalau pergi pun tak guna jugak sebab bukannya aku boleh focus kat dalam kelas nanti.

“ Kalau macam tu kitorang pergi dulu. Nah, kau makan panadol ni dulu. Habis kelas nanti aku bawa kau pergi klinik.” Hijah meletakkan sepapan panadol di atas meja bilikku.

Aku memejamkan mata. Kepala yang berdenyut melemahkan segala tenagaku. Macam nak meletup pun ada. Dah lama tak sakit kepala macam ni. Tiba-tiba telefon bimbitku berkumandang lagu Please Stay With Me nyayian Yui.

Nama Sany terpampang di skrin telefon bimbitku. Dah dua hari tak tegur aku baru sekarang nak tegur? Bertuah punya kawan.

“ Kau okay tak? Hijah cakap kau tak sihat.” Suara Sany kedengaran bimbang di hujung talian.

“ Aku okay…” aku menjawab perlahan. Sakit tekak….

“ Suara kau lemah sangat ni. Kejap lagi aku datang rumah bawa kau pergi klinik.”
Dahiku berkerut. Nak datang rumah? Bukan Sany kat dalam kelas ke sekarang ni? Takkan suka hati je nak keluar…

“ Tak payahlah. Kau kan tengah kat dalam kelas tu.” Aku tak nak susahkan dia. Nanti sakit ni hilang juga, cuma mengambil masa.

“ Pandai-pandailah aku menyelinap keluar. Bersiap cepat, lima minit lagi aku sampai.” Terus Sany matikan talian.



******************************


“ Lepas ni jaga diri elok-elok. Jangan sampai sakit macam ni lagi. Kau tu dahlah tak suka makan ubat.” Sany memberi nasihat. Masa tu kitorang baru balik dari klinik.

“ Yalah…” aku jawab sepatah. Kalau ubat rasa macam coklat cadburry makan banyak kali pun aku tak kisah tapi masalahnya ubat pahit!

“ Risau aku bila dapat tahu yang kau tak sihat. Nasib baik tak teruk mana.” Suara Sany kedengaran risau.
Aku pandang Sany kat sebelah. Memang mukanya nampak bimbang. Aku yang sakit tapi dia pulak yang kalut semacam. Resah macam orang mati bini.

“ Kau membebel mengalahkan mak aku.” gumamku perlahan.

“ Aku membebel sebab aku sayang kau. Aku tak nak jadi apa-apa kat kau. Kalau kau sakit, aku pun sakit sama. Aku tak suka tengok orang yang aku sayang sakit.” Sany perlahankan suhu penghawa dingin kereta bila dia tengok aku seperti kesejukan.

Perkataan sayang yang keluar dari mulut Sany menyebabkan dada aku berdebar. Erk… kenapa pulak ni?

“ Jangan lupa makan ubat. Kalau Hijah cakap kat aku yang kau tak makan ubat, aku datang rumah kau, aku sendiri yang sumbat ubat tu dalam mulut kau. Faham?” Sany pandang mata aku tepat. Tajam…
Suara Sany kedengaran indah di pendengaran telingaku.  Ni penangan sakit yang aku alami ke?

“ Kau okay tak ni?” Sany pandang aku bila aku diam tak bersuara.

“ Aku… aku okay…” Aku tunduk. Tiba-tiba tak boleh nak pandang mata Sany. Hentakan di dada buat aku rasa lemas. Apa yang tak kena dengan jantung aku ni?




******************************


Aku pandang kanan nampak Sany. Pandang kiri nampak Sany. Pandang siling pun nampak Sany! Dasyat sangat aku ni…

Aku dah jatuh cinta? Dengan Sany?... macam tak masuk akal tapi itulah kenyataannya. Aku tekup muka dengan bantal. Pipi rasa berbahang setiap kali wajah Sany terlintas di fikiran.

“ Ini tak betul… aku tak boleh suka dia. Dia kawan baik aku.” aku geleng kepala di sebalik bantal.
Apa yang perlu aku buat? Perasaan ni tak patut ada! Terasa bagaikan aku mengkhianati persahabatan kami dengan perasaan yang tak sepatutnya wujud!

Aku gigit bibir. Kalau aku cakap kat Sany mesti dia bantai gelakkan aku nanti. Itu aku sanggup terima tapi macam mana kalau Sany keluar terus dari hidup aku sebab dia tak suka tentang perasaan aku yang baru muncul ni? Mengingatkan Sany pergi dari hidup aku saja sudah membuatkan air mata aku mula bergenang di kelopak mata.

Baru aku sedar yang selama ini aku tak mampu hidup tanpa Sany…




******************************



Sesekali aku curi pandang wajah Sany yang berada di depanku. Dengan hanya memakai t-shirt polo berwarna biru laut dan juga seluar jeans sudah menyerlahkan ketampanan Sany. Dulu tengok banyak kali tak ada rasa apa tapi sekarang ni bila tengok rasa nak terkeluar jantung. Parah juga aku ni…
Kalau macam nilah gayanya, memang sampai bila-bila pun aku tak boleh nak study sebab dari tadi mata aku tak sudah-sudah nak pandang Sany.

Renunganku terhenti bila ada seseorang datang ke meja kami.

 “ Awak, terima kasih sebab pinjamkan nota ni kat saya.” Zira iaitu junior kami, budak part 4 memulangkan nota CRG Sany di atas meja. Senyuman manis dilontarkan kepada Sany. Hati aku dah gelisah semacam melihatkan renungan Zira yang penuh makna kepada Sany.

No problem. Hal kecik aje pun.” Sany membalas.

“ Jom, saya belanja awak makan.” Pelawa Zira pula. Ajak Sany seorang je? Tak nampak ke yang aku pun ada kat sini? Tak nak ajak aku sekali ke?

“ Awak tunggu saya kat luar. Kejap lagi saya datang.”

“ Sejak bila kau kawan dengan dia? Aku tak pernah tahu pun.” Aku mula menyoal siasat Sany bila Zira berlalu pergi. Aku ingat aku seorang aje kawan perempuan yang dia ada. Tak sangka pula ada perempuan lain yang mula rapat dengan Sany.

“ Takkan semua benda aku nak kena cerita kat kau.” Selamba Sany bersuara sambil tangannya lincah mengemas bukunya yang berada di atas meja.
Aku tarik buku yang berada di tangannya. Menghalang Sany dari terus mengemas.

“ Tapi aku kan kawan kau. Selama ni kau tak pernah sorok apa-apa dari aku. Semua benda kita share. Takkanlah kau boleh terlupa nak cerita pasal Zira dekat aku?” Ujarku perlahan. Agak tersentap dengan Sany sebenarnya.

“ Takkan pasal benda ni pun kau nak merajuk. Jangan jadi budak-budaklah. Aku tak ada masa nak layan kau, aku nak cepat ni.” keras Sany membalas. Dia merampas semula bukunya yang aku ambil.
Aku cuba pujuk hati yang mula terasa dengan sikap Sany. Sabar Linda… Sany tak perasan yang kau tengah kecik hati dengan kata-kata dia.

“ Kalau aku follow boleh tak?”Aku bertanya dengan harapan Sany tak keberatan untuk membenarkan aku mengikutinya. Aku tak rela Sany berdua-duaan dengan Zira. Cemburu menjentik tangkai hati.
Sany mendengus perlahan.

“ Tak payahlah. Apa pula Zira cakap nanti.” Sany bangun meninggalkan aku keseorangan. Pergi tanpa sekalipun menoleh ke belakang…

Sampai hati Sany… hanya kerana seorang perempuan yang baru dia kenal, dia kecilkan hati aku. Aku tak tahu dia sedar atau tidak yang aku terasa. Atau aku yang sebenarnya terlebih sensitif disebabkan perasaan sayang yang mula berkembang mekar di dalam hati aku.

Aku tunduk kepala. Tanganku genggam kuat, sedikit menggeletar kerana perasaan yang bercampur baur... Dada aku pula rasa nak pecah kerana sakit… sakit melihat Sany berlalu pergi. Tanpa sedar, air mataku jatuh menuruni pipi.




******************************



Sejak daripada itu hubungan di antara aku dan Sany semakin renggang. Bukan aku seorang saja yang merasakannya tetapi budak kelas aku juga ada menegur tentang hubungan kami. Tiada apa yang aku boleh ucapkan, sudahnya aku hanya senyap bila mereka menyoal.

Aku juga tidak ingin ini yang terjadi di dalam perhubungan kami namun apa yang aku boleh lakukan. Sany sering kali mengelak daripada aku. Jika dulu hampir hari-hari ada mesej dari dia untuk aku tetapi kini… usahkan mesej, aku nak bercakap dengan dia pun ada saja alasan yang dia bagi. Aku sendiri buntu untuk menjernihkan hubungan kami.

Sany tidak lagi menghabiskan masa bersama aku, sebaliknya dia lebih rela bersama Zira. Dia memang betul-betul dah lupakan aku. Langsung tak hargai persahabatan yang sudah lama terjalin.

Aku melepaskan keluhan berat. Biarlah… biarlah dia pergi andai itu boleh membahagiakannya. Aku rela lihat dia tersenyum bersama perempuan lain biarpun hati aku berdarah…




******************************



“ Hai, boleh aku duduk?” lamunanku tersentak bila ada suara menegur. Aku mendongak. Faiq masih menanti jawapan dari aku.

“ Duduklah. Kerusi tu bukan aku punya.”

Lantas Faiq melabuhkan duduknya di hadapanku. Aku kembali meneruskan suapan yang tadi tergendala. Aku tak menghiraukan Faiq. Malas nak sembang-sembang.

“ Kau ada masalah ke?”

“ Kenapa tiba-tiba tanya aku macam tu?” dahi aku berkerut. Dia tengok muka aku macam ada masalah ke?

“ Mungkin aku bukan orang yang rapat dengan kau tapi jangan lupa yang aku sentiasa perhatikan kau.”

Aku nak membalas tapi cepat-cepat Faiq cantas.

“ Aku perasan yang kau dah tak rapat dengan Sany lagi. Korang dah tak macam dulu. Seorang ke hulu dan seorang ke  hilir. Aku macam dapat agak puncanya tapi aku tak nak menuduh. Tapi apa yang cuba aku nyatakan di sini ialah aku tak suka tengok kau yang dah tak macam dulu.” Perlahan Faiq bersuara. Cukup berhati-hati Faiq bercakap, seolah-olah tak nak lukakan hati aku dengan kata-katanya.

Aku senyap. Seleraku mati terus.

“ Mungkin kat depan orang lain kau boleh tersenyum, gelak ketawa tapi aku boleh nampak yang sebenarnya kau tengah sedih.” Faiq menghulurkan coklat cadburry dekat dengan aku. Aku hanya pandang tanpa ada niat untuk ambil.

“ Pada mulanya aku fikir yang aku ada peluang kalau kau dengan Sany dah renggang tapi aku tahu walaupun kau dah tak rapat dengan dia, perasaan kau pada dia masih ada. Kan?”

“ Apa kau merepek ni?” aku sedikit cemas bila Faiq bagaikan dapat membaca rahsia hati aku.

“ Aku tak faham dengan korang berdua. Sebenarnya masing-masing suka tapi ego nak meluahkan perasaan sendiri. Dah lama aku tahu kau suka dia. Hanya kau yang lambat sedar akan perasaan kau. Satu yang aku tak faham… kenapa kau tak nak luahkan perasaan kau pada dia?” soal Faiq sinis.

Aku ketap bibir geram.  Agak terasa dengan sindiran Faiq.

“ Aku nak balik.”

“ Linda, wait…” Faiq menahan.

“ Aku minta maaf kalau kau terasa. Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Aku cuma nak kau bangkit. Cinta tak semestinya bersatu. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau kena lepaskan dia.”

“ Supaya kau boleh dapat aku? Macam tu?” keras aku membalas. Hati aku rasa nak meletup. Faiq kelihatan kecil di hadapan aku saat ini. Aku tak akan teragak-agak untuk simbah air minuman aku yang masih lagi bersisa ke mukanya sekiranya sabarku sudah hilang.

Faiq menggeleng. Dia tersenyum nipis. Mukanya tenang menangani aku yang sedang marah.

“ Jangan salah faham. Betul… aku memang suka kau. Kau sendiri tahu tentang perasaan aku pada kau. Tapi aku dah lama sedar yang aku tak akan pernah ada harapan untuk tawan hati kau. Aku cuma nak kau bahagia walaupun bukan aku yang kau pilih. Mungkin Allah sengaja nak uji kita dengan kehilangan dahulu sebelum menghadiahkan kita dengan sesuatu yang lebih berharga. Jadi, jangan terus bermuram macam ni. Perjalanan hidup kita masih panjang.”

Aku terdiam. Ada benarnya kata-kata Faiq. Hanya kerana Sany, aku telah mengabaikan hidup aku. Aku lebih rela keseorangan dalam dunia aku sendiri daripada berhadapan dengan kawan-kawan aku. sedangkan Sany? Dia berbahagia sekarang ini. Untuk apa menderita di atas kebahagiaan orang lain? Langsung tak berbaloi!



******************************



“ Aku nak cari buku kejap.” Ujarku pada Faiq yang sedang tekun study Far. Nak kata aku rapat dengan Faiq sekarang ni tak juga. Tapi best rupanya kawan dengan dia ni. Baru aku tahu. Kepala pun boleh tahan gila.

Aku mula cari buku yang berada di rak. Hmm… kat mana pulak buku ni pergi?  Hari tu aku nampak ada kat sini. Tumpuanku terganggu bila aku terdengar suara orang ketawa. Bila aku tengok rak sebelah aku dapat tangkap kelibat Sany dan Zira…

Air mata mula bergenang. Sakitnya perasaan ini. Kalaulah aku tahu betapa sakitnya jatuh cinta, aku lebih rela biarkan hati aku kosong tanpa dihuni oleh sesiapa. Perlahan-lahan kakiku berundur. Ingin lari dari terus menyaksikan kemesraan yang terhidang di depan mata. Namun langkahku mati bila Faiq menahan. Aku sendiri tidak sedar bila masa Faiq ke sini.

“ Sampai bila kau nak macam ni. Kau kena tunjuk yang kau kuat.”

Aku angguk kepala. Faham apa yang dia maksudkan cuma aku belum cukup kuat.

“ Dahlah, jangan nangis. Kau tak comel bila menangis.”

Kata-kata Faiq membuatkan aku tergelak kecil. Sengal punya ayat! Pantas aku lap sisa air mata yang masih ada di pipi.

“ Linda…”seru seseorang. Terus gelak aku mati. Aku menoleh. Sany… dan di sisinya ada Zira yang menjeling tak suka.

“ Kau buat dia menangis?” suara Sany keras menyoal Faiq. Aku dapat lihat yang wajah Sany berubah merah. Mukanya tegang seperti nak membaham orang.

“ Sany…” aku cuba nak terangkan tapi Faiq lebih pantas memotong kata-kataku.

“ Kau peduli ke kalau dia menangis? Bukan kau dengan dia dah bukan best friend ke?”  Tenang Faiq menjawab.

Sany mencekak kolar baju Faiq tanpa sempat aku tahan.

“ Aku memang sangat-sangat peduli walau setitik pun air mata dia jatuh dan aku tak akan maafkan orang yang buat dia menangis.” Tekan Sany perlahan namun aku masih boleh mendengar. Rahangnya diketap geram. Aku rasa ini adalah kali pertama aku lihat Sany sebegini marah. Selalunya aku tengok dia cool aje.

“ Walaupun orang yang buat dia menangis tu kau?” soal Faiq sinis membuatkan wajah Sany berubah. Faiq menolak tangan Sany yang mencekak kolar bajunya. Mukanya turut serius.

“ Faiq, jomlah.” Aku tarik lengan baju Faiq supaya beredar dari situ. Tak sanggup nak berada dalam situasi yang begitu melemaskan.

“ Kau ikut aku.” tanpa sebarang amaran Sany tarik aku dari situ meninggalkan Zira dan juga Faiq. Nasib baik lenganku berlapik, kalau tidak ada juga yang kena maki dengan aku.

“ Kau kenapa?” soal Sany marah bila dia sudah melepaskan lengan aku.

“ Kenapa dengan aku?” boleh pulak dia tanya aku kenapa. Patutnya aku yang tanya dia kenapa. Hilang dari hidup aku macam chipsmore lepas tu muncul balik. Dia ingat aku tak sakit hati ke? Pergi dan muncul sesuka hati dia, dia tak fikir ke yang aku sangat-sangat terasa?

“ Kau tahu yang aku tak suka Faiq tapi kenapa kau rapat dengan dia sekarang ni?” marah Sany dengan nada yang tertahan.

“ Aku tak pernah persoalkan bila kau rapat dengan Zira dan sekarang ni aku tak nak kau pertikaikan hubungan aku dan Faiq.”

“ Kau dan Faiq?” suara Sany sedikit tinggi.

Aku senyum sinis. Dia faham maksud yang aku sampaikan.

“ Kalau dari dulu aku tak pernah suka dia, kau rasa aku akan suka dia sekarang ni? The answer is still no!” Sany menjerit di depan aku. Mukanya merah padam. Dia tak boleh terima bila aku mengaku yang aku ada hubungan dengan Faiq biarpun kenyataannya kami hanya berkawan.

“ Tak kisahlah dari dulu, sekarang atau sampai bila-bila pun aku tetap tak akan izinkan kau dengan dia.” Sany membentak.

Wait, let me remind you something here… kau tak ada hak langsung nak tentukan dengan siapa aku boleh bercinta atau dengan siapa aku tak boleh bercinta. Kau bukan siapa-siapa pun dalam hidup aku.” senyuman sinis masih belum hilang dari bibir aku. Jarang sekali aku melemparkan senyuman sinis begini kepada Sany namun kini kami seolah-seolah seperti musuh. Keadaan kami sekarang ni langsung tidak menunjukkan yang kami pernah berkawan rapat.

“ Aku bukan siapa-siapa?” Sany tergelak sinis. Dia meraup kasar rambutnya.

I’m your best friend Lin. Aku tak suka ada lelaki lain rampas tempat aku dalam hidup kau.” ujarnya tak puas hati.

“ Sampai bila?”

Sany terdiam. Aku tahu yang Sany tak ada jawapannya sebab aku yakin yang Sany memang tak nak tengok aku dengan mana-mana lelaki pun! Pentingkan diri! Dia fikir dia seorang aje nak bahagia. Habis aku? Menderita tengok kebahagiaan dia?

“ Dahlah Sany… Zira dah tunggu kau. Better kau pergi. Dengan siapa pun aku nanti kau dah tak payah masuk campur.”

Sany mendengus kasar. Bengang bila aku menghalangnya daripada terus masuk campur dalam hidup aku.

“ Mungkin kau rasa aku pentingkan diri tapi aku tak peduli. Aku tak akan benarkan mana-mana lelaki rampas kedudukan aku. Bukan setakat bestfriend kau tapi aku sanggup jadi life partner kau dari aku biarkan lelaki lain yang masuk dalam hidup kau. Kau milik aku…” sempat Sany mengingatkan aku sebelum berlalu pergi. Aku picit dahi yang terasa pening tiba-tiba. Aku milik dia? Sany memang dah gila!




******************************


Malasnya! Kalau tak kerana Bahira meletakkan nama aku dalam senarai pemain bola jaring, tak adanya aku akan pergi ke Sports Day ni. Hari di mana Fakulti Perakaunan menganjurkan pelbagai sukan seperti futsal, bola jaring, galah panjang, rebut kerusi dan macam-macam lagi. Semua kena ambil bahagian. Daripada part 4 sampai part 8. Hanya part 7 yang tiada kerana mereka sedang praktikal.

Setelah siap parking motor, aku menghampiri budak kelas aku yang sudah sampai. Sedang duduk bersantai dekat tempat duduk yang berhampiran dengan gelanggang di mana semua permainan akan dijalankan tidak lama lagi.

“ Lambat kau sampai.” Tanya Aisyah. Dia dah lama sampai agaknya.

“ Aku ingat nak tidur, tak nak datang terus tapi nanti Bahira tarik muka pulak dalam kelas kalau aku tak datang hari ni. Tak bestlah masam-masam muka dengan member.”

“ Sejak bila pula kau pandai nak jaga hati orang ni? Bukan kau suka main redah aje ke?” Asmira pula bertanya. Mukanya sedikit berpeluh. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas pada hari ini.


“ Kau tengok aje aku macam ni tapi aku ni bertimbang rasa tau. Tak sampai hati nak kecewakan hati member sendiri.”

“ Yalah Linda, kitorang layankan aje.” Aisyah tersenyum nipis.

Aku cari Hijah dan Nabila. Tu pun diorang. Tengah main futsal rupanya. Masa diorang pergi tadi aku tengah sedap tidur lagi. Malas nak pergi awal-awal. Kesudahannya diorang pergi dulu.

“ Berbulu betul aku tengok Zira dengan Sany. Asyik berkepit aje.” Asmira mencebik. Kurang senang dengan pasangan yang berada di tepi gelanggang itu.

Aku turut pandang Sany. Lengkap berpakaian sukan. ‘Sudahlah Linda, dia dah jadi milik orang lain. Kau dan dia dah tak akan jadi macam dulu lagi. Segalanya dah berakhir. Dia dah lama lupakan persahabatan korang.’ Aku mengingatkan diri sendiri.

“ Biarlah diorang nak berkepit ke nak apa ke. Itu hal dia, jangan jadi busybody.” Aku membalas. Setakat ini tiada seorang pun yang tahu mengenai perasaan aku terhadap Sany. Aku pun tak ingin berkongsi rahsia hati aku kepada sesiapa.

“ Kau tak sakit hati ke tengok diorang? Dulu, kau rapat sangat-sangat dengan Sany, then muncul Zira entah dari mana kacau hubungan korang.” Asmira masih lagi tak puas hati dengan Zira yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan aku dan Sany.

“ Aku dengan Sany tak pernah ada hubungan. Dia cuma kawan baik aku. Berapa kali aku nak cakap?” kelihatan seperti aku menipu sendiri kerana kenyataannya  hati aku sudah lama sakit bila nampak mereka bersama.

“ Tapi aku suka tengok kalau kau dengan Sany bersama…” ujar Aisyah sambil mengusap bahuku lembut.
Aku senyap. Aku pun suka kalau aku dapat bersama dengan Sany. Namun apa yang aku boleh buat? Soal hati mana boleh dipaksa.



******************************



Setelah pasukan aku berhempas pulas bertarung akhirnya kami berjaya melayakkan diri ke peringkat final. Main dah macam apa entah. Sepatutnya main suka-suka aje tapi pasukan aku begitu bersemangat mengalahkan nak bertanding kat olimpik! Haih, macam-macam…

“ Linda, main betul-betul tau. Kau kalahkan minah tu. Kalau kau tak kalahkan minah tu aku tak nak tegur kau seminggu.” Semangat Hijah memberikan arahan.

“ Kau belasah team dia dasyat-dasyat tau. Biar dia sakit hati dengan kau sebab kau main lagi bagus dari dia.” Sokong Nabila pula. Mata bersinar habis. Penuh mengharap.

“ Yang korang beria sangat ni kenapa? Gaya macam nak suruh aku berperang.” Aku letak air mineral kat 
tepi court lepas hampir separuh botol air tu aku minum.

“ Berperang nak dapatkan Sany…”

Aku luku kepala Nabila dengan botol air. Sengal punya jawapan. 



******************************


“ Linda! Linda! Linda!” aku melirik sekilas ke arah Nabila dan Hijah yang menjadi pom pom girl kat tepi court sebelum dengan mudahnya aku berjaya melontarkan bola ke dalam jaring. Budak part aku dah bersorak gembira bila satu lagi mata telah menjarakkan kami dengan team lawan kami iaitu budak part 4.

Zira mendengus geram bila dia gagal menghalang aku. Bahu aku dirempuh kasar. Nampak sangat sengaja! Budak ni nak cari pasal dengan aku gamaknya.

“ Yang kau angin tak tentu pasal ni kenapa?” soalku geram.

“ Diamlah kau!” Zira menjerit kecil.

Aku mengetap gigi. Sakit hati betul. Bukannya dapat hadiah sampai sejuta pun kalau menang. Nak emosi terlebih kenapa. Aku tangankan juga si Zira ni karang.

Aku mengesat peluh kat muka dengan lengan baju. Masa hanya lagi tinggal dua minit saja lagi sebelum permainan tamat. Sebagai GA aku perlu sumbatkan gol banyak-banyak supaya team aku menang. Senang aje tu!

“ Mila!” aku pas bola pada Mila selaku WA. Aku mencari ruang kosong untuk memudahkan aku 
menyambut bola sekaligus menjaringkannya ke dalam gol.

Aku dieekori rapat oleh Zira. Adakalanya dia bagaikan sengaja mengasakku. Menyiku perut, menolak badan dan melanggar aku. Ni dah dikira sebagai body contact! Pengadil tak nampak ke? Takkan bersubahat dengan Zira pula. Aku tergelak sinis. Mentang-mentanglah aku tak suka si Zira gedik ni, sekali dengan pengadil pun aku salahkan sama.

Tiba-tiba aku terjatuh bila aku dapat rasakan ada kaki yang sengaja menghalang laluanku. Buat aku tersadung dan akibatnya seluar yang aku pakai sudah koyak di lutut.

“ Linda, kau okay tak?” Hijah meluru ke arahku.

“ Aku okay, sikit je ni.”

“ Linda!” Sany datang menghampiri. Dia turut membelek luka di lututku. Aku mengelak sikit bila dia nak sentuh luka tu.

“ Linda, kau tak apa-apa?” Faiq pula muncul di situ. Muka Sany dah berubah kelat.

“ Aku hidup lagi, jangan risau…” aku tersenyum sedikit biarpun lutut aku dah rasa mencucuk-cucuk.




******************************



“ Sejak bila kau baik dengan Faiq?” Sany bertanya setelah melabuhkan duduknya di sebelah aku. Masa tu aku ada kat bawah khemah. Terpaksa berehat daripada join apa-apa games sebab injured. Nasib baik team netball aku menang tadi walaupun aku dah tak boleh main.

“ Ada masalah ke kalau aku baik dengan dia?” aku bertanya selamba. Sikit pun aku tak pandang Sany kat sebelah.

“ Memang, memang ada masalah! Masalahnya ialah aku tak suka dia!” suara Sany naik satu oktaf. Orang lain dah pandang kitorang semacam. Hijah pandang aku tapi aku hanya tersenyum sedikit. Tak nak dia risau.

So what? Do I care If you did’nt like him…” sinis aku membalas. Senyuman sinis turut tersungging di bibirku. Dalam pada itu aku mencari kelibat Zira, budak tu memang dah lama hidup agaknya. Dia fikir aku tak tahu dia yang menjadi punca aku terjatuh. Aku tangankan jugak si Zira tu nanti. Haih…

“ Cukuplah aku seorang kawan baik yang kau ada. Takkan kau nak dia ganti tempat aku pulak.” Suara Sany tegang. Dia bangun dan duduk di depan aku. Aku pandang tepi. Tak sanggup nak bertentang mata dengan dia. Aku takut hati aku cair. Hati aku ni bukannya boleh percaya sangat.

Are you sure that we’re still best friend?” soalku sinis tanpa memandang dia.

“ Dah dapat Faiq terus kau nak buang aku? Macam tu?” Sany semakin berang.  
Siapa yang buang siapa sekarang ni? Aku ke dia? Hatiku menggerutu geram.

“ Ikut suka kaulah nak fikir apa. Aku malas nak cakap apa-apa.” Aku bangun untuk pergi jauh daripada Sany. Sedikit rimas dengan persoalannya yang tidak henti-henti. Di matanya aku yang bersalah kerana mengabaikan dia tetapi kenyataannya dia yang mengabaikan aku! Dia yang buang aku jauh dari hidup dia sebab perempuan lain dan sekarang dia cari aku semula. Nak buat apa? Huh!

You’re not going anywhere… I’m not finish yet.” Sany tarik tangan aku menyebabkan aku kembali terduduk. Aku merengus geram. Tak habis-habis lagi ke Sany ni?

“ Kau nak cakap apa lagi?” Aku bertanya malas.

“ Lepas ni aku tak nak kau rapat dengan Faiq lagi.” Sany menekan suaranya. Mukanya serius tanda dia tidak main-main.

If not?” aku cabar dia

 Sany tersenyum sinis dan merapatkan kedudukan kami. Aku sedikit terkejut lalu menjauhkan sedikit tubuhku. Dada aku rasa nak pecah kerana sinar mata Sany yang tajam menikam. Andai Sany rapat lagi, aku pasti dia boleh mendengar degupan jantung aku yang begitu kuat menghentak.

“Jangan sampai satu saat nanti kau akan menyesal. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna. Kau belum tahu apa yang aku boleh buat.”

“ Kau ugut aku?” aku ketap gigi. Sany ingat dia tu siapa?

Sany hanya tersenyum sinis tanpa menjawab pertanyaan aku. Sedikit sebanyak rasa gelisah bertandang. Sany tak akan buat sesuatu yang melukakan aku. Kan? Aku cuba menyedapkan hati sendiri.



******************************



 “ Ada orang masuk meminang. Habis belajar nanti terus langsungkan majlis.”

 “ Hah? Pinang Lin? Mak terima ke?” Aku terkejut. Siapa pula yang berani sangat masuk meminang aku?

“ Terimalah. Hari tu Lin juga yang cakap kat mak kalau ada orang masuk meminang Lin suruh mak terima kalau mak berkenan. Mak memang berkenan pun dengan lelaki tadi.”

“ Lin gurau aje masa tu, kenapa mak ambil serius apa yang Lin cakap.” Aku gigit bibir resah. Aku tak nak kahwin lagi!

“ Kamu jangan nak mengelat, mak dah terima pinangan tu.” emak dah mula membebel.

“ Tapi Lin kan muda lagi…” Aku bersuara tak puas hati.

“ Apa salahnya kahwin muda. Dulu mak pun kahwin muda juga. Bahagia je dengan ayah kamu.” Balasan daripada emak membuatkanku sedikit tercekik. Aku tak ready lagi la…

 “ Siapa lelaki yang pinang Lin?” aku bertanya perlahan.

 “ Eran.. Eran apa ye? Susah sangat nama dia. Terbelit lidah mak nak menyebutnya.”

“ Eranshani?” sedikit bergetar suara aku bila nama itu meniti di bibir. Dalam hati aku berdoa agar apa yang 
aku fikirkan tidak menjadi kenyataan.

“ Hah, betullah tu. Sany nama lelaki yang pinang kamu.”

Aku terduduk. Sampai hati Sany buat aku macam ni. Dia benar-benar kotakan apa yang dia cakap hari tu. 
Aku meraup wajahku dengan hati yang berkecamuk.




******************************



“  Kenapa kau buat aku macam ni?” terus aku memuntahkan pertanyaan bila nampak kelibat Sany.

“ Buat apa?” Sany seluk tangan dalam poket. Santai…

“ Jangan nak pura-pura tak tahu!” aku menjerit lantang. Sungguh, saat ini aku benar-benar sudah hilang sabar. Tak kena gaya, memang Sany akan makan penampar aku.

“ Aku dah cakap hari tu, jangan cuba cabar aku tapi kau degil. So, terimalah balasannya.” Selamba Sany bersuara seolah-olah apa yang dia lakukan itu langsung tidak bersalah.

“ Kau memang dah gila!” aku menjerit lagi. Bahu kekarnya aku pukul sekuat hati. Air mata yang bergenang aku tahan supaya tidak tumpah.

Sany hanya membiarkan.

“ Memang aku gila! Aku jadi gila bila tengok kau bercakap dengan Faiq! Aku jadi gila bila kau rapat dengan Faiq! Aku jadi gila bila bergelak ketawa dengan dia!” Sany merengkuh bahuku. Pandangannya sayu. Aku menepis pegangannya.

“ Selama kita berkawan, aku tak pernah minta apa-apa dengan kau. Tapi kali ni aku harap kau dapat tunaikan permintaan aku yang pertama dan terakhir ni.”
Sany hanya senyap. Menanti bicara yang bakal keluar dari bibir aku.

“ Aku janji tak akan rapat dengan Faiq lagi tapi tolong… tolong putuskan pertunangan kita. Aku tak nak kahwin dengan kau.” sekali nafas aku bersuara.  Aku tak nak dia kahwin dengan aku disebabkan dendam dia pada Faiq.

Sany tersenyum sinis.

Sorry dear, aku tak akan tarik balik apa yang aku buat. Kau kena belajar terima hakikat yang kau akan jadi milik aku.”

Aku ketap bibir. Rasa nak meraung bila Sany masih lagi berdegil.

“ Jangan buat aku benci kau.” perlahan aku membalas. Kenapa ini yang harus terjadi dalam perhubungan kami? Dia bukan lagi Sany yang aku kenal. Dulu Sany tak pernah sakitkan hati aku, dia selalu membawa kebahagiaan ke dalam hidup aku tetapi kenapa dia berubah menjadi seorang yang kejam? Sanggup tengok aku terseksa. Benar aku cintakan dia tapi bukan begini caranya.

“ Dipersilakan… kau boleh  benci aku. Aku tak kisah. Kita tetap akan kahwin.” Ucap Sany tak nak mengalah.

“ Kau dah ada Zira tapi kenapa kau nak kacau hidup aku lagi?” aku bertanya pedih.

“ Jangan buat spekulasi sendiri kalau kau tak tahu cerita yang sebenarnya.” Laju Sany membalas.

Aku genggam tangan erat. Rasa macam nak tumbuk Sany pun ada. Spekulasi apanya… dah memang dia berkasih dengan Zira. Bukannya aku menuduh. Yang aku tak fahamnya, buat apa dia sibuk masuk campur hal hidup aku.

“ Kau sayang aku kan?”

Sany angguk kepala.

“ Kalau kau sayang aku, kau tak akan buat aku macam ni.” aku masih lagi cuba untuk berkompromi.

“ Sebab aku sayang kaulah aku buat kau macam ni.” Sany berlalu pergi meninggalkan aku tertanya-tanya. Apa maksud dia?



******************************



Aku pandang jari yang merah berinai. Begitu pantas masa berlalu.  Sekejap saja aku dah habis belajar.  Rasa macam baru semalam aku masuk universiti.  Dan seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak, akhirnya tanpa dapat menolak takdir aku tetap menjadi isteri kepada Sany. Nak menyesal pun dah tak guna sebab aku dah sah jadi milik dia.

Aku mengeluh kecil. Apa agaknya yang akan terjadi dalam perkahwinan kami nanti? Adakah aku akan bahagia atau Sany akan menghadiahkan aku penderitaan? Bolehkah aku hidup di samping Sany? Lamunanku terhenti bila Sany muncul.

“ Puaslah hati kau sekarang ni?” aku bertanya kasar bila kelibat Sany masuk ke dalam bilik. Baju melayunya sudah berganti dengan t-shirt putih.

“ Yup, aku puas sangat. Rasa bahagia sampai aku tak tahu nak cakap macam mana.” Ujar Sany dan dengan selambanya dia tarik tangan aku menyebabkan aku terbaring di sebelahnya. Dengan kelam kabut aku tolak badannya dan bangun menjauhi katil. Dadaku berdebar kencang dengan tindakan Sany yang tidak kuduga.

“ Aku akan benci kau sampai bila-bila.” Luah aku penuh perasaan. Sampai sekarang aku masih tidak percaya yang Sany sanggup menggunakan taktir kotor untuk menjadikan aku miliknya hanya disebabkan dia tak suka aku rapat dengan Faiq.

“ Aku akan tukar rasa benci kau kepada rasa sayang.” Lembut Sany membalas.

“ Aku tak tahu apa yang merasuk kau tapi aku dah tak kenal kau lagi. Kau bukan Sany yang aku kenal dulu.”

“ Memang, aku bukan Sany yang dulu. Sany yang sekarang ni tahu perasaan dia. Sany yang sekarang ni tahu apa yang dia nak. Sany yang sekarang ni sayang sangat dengan kau.” Sany tersenyum mesra.

Aku mencebik. Sikit pun aku tak percaya apa yang Sany cakap. Sayang aku konon. Kalau sayang kenapa dia tinggalkan aku hari tu? Kalau betul dia sayang kenapa dia asyik berkepit dengan Zira? Huh…
Aku ambil bantal kat atas katil dan campak kat sofa. Tak ingin aku tidur sekatil dengan dia. Perasaan marah aku masih belum berkurang. Tapi aku yakin suatu hari nanti perasaan marah ini akan hilang juga kerana rasa cinta aku terhadap Sany lebih besar. Cuma ketika ini aku mahu melayan rasa marah ini.

“ Kenapa tak tidur atas katil? Banyak lagi ruang ni.”

Aku senyap tanpa ada niat untuk membalas. Terus aku rebahkan diri kat sofa dan pejamkan mata. Siapa 
sangka aku akan jadi isteri Sany. Aku fikir kami memang tak akan bersama. Aku fikir hubungan kami memang tak akan lebih daripada kawan. Apa yang aku rasa sekarang ni ialah rasa sedih kerana aku yakin yang Sany tak berkongsi rasa yang serupa dengan aku.

Aku tersentak bila Sany turut merebahkan badannya di sebelahku menyebabkan aku terpaksa berhimpit dengan dia di sofa yang tak berapa nak besar. Tangan Sany yang berlingkar di pinggang aku tepis kasar.

“ Apa yang kau buat ni?” tanyaku geram.

“ Aku ajak tidur kat katil kau tak nak. Kau nak sangat tidur kat sofa, so aku followlah kau tidur kat sofa.” Sany semakin mengeratkan pelukannya sehinggakan muka aku dah tersembam di dada bidangnya.

“ Aku tak suka kau buat aku macam ni.” aku menolak dadanya namun sikit pun Sany tak bergerak. Aku risau jika Sany dapat dengar degupan jantung aku yang dah berubah rentak.  Aku tak nak dia tahu yang tindakannya ni buat aku tak tentu arah, berdebar sehinggakan nafas yang aku tarik pun rasa tersekat.

“ Hmmm… tapi aku suka.” Ujar Sany perlahan sebelum mengucup dahiku lembut.
“ Sany, let go of me.” Aku masih cuba untuk melepaskan diri namun rangkulan Sany terlalu erat.

I love you dear.” Terus aku berhenti meronta. Sedikit terpana dengan apa yang Sany luahkan.

I do really love you.” Sany berbisik perlahan di tepi telingaku sebelum mengucupnya lembut.

Aku menggeleng kepala. Tipu! Tak mungkin Sany cintakan aku. Dia tak pernah anggap aku lebih daripada seorang kawan! Lantas dengan sekuat hati aku menolak tubuhnya dan aku bangkit. Laju kakiku melangkah ke arah pintu namun langkahku tak cukup pantas kerana Sany dengan mudahnya merentap tanganku menyebabkan aku kembali ke pelukannya.

“ Lepas!” aku menjerit kecil. Aku benci dia buat aku macam ni. Aku benci sebab aku tak boleh nak buang rasa cinta aku pada dia. Aku benci sebab walau apa pun yang dia buat, aku tetap tak boleh nak lupakan dia. Aku benci!!!

“ Syhhh… Jangan macam ni Lin. Kau buat aku susah hati.” Sany mengusap belakang badanku lembut. Cuba menenangkan aku yang kuat meronta.

“ Kenapa kau buat aku macam ni? Kau cakap kau sayangkan aku tapi kenapa kau sakitkan hati aku? 
Kenapa kau tinggalkan aku hari tu? Kenapa kau buat aku kahwin dengan kau kalau kau tak suka aku?” aku tumbuk dadanya dengan perasaan yang berkecamuk.  Sany hanya membiarkan. Air mata yang menitis di pipiku diseka oleh Sany perlahan sebelum pipiku diusap lembut oleh Sany.

“ Aku sayang kau Lin. Sungguh, aku sayangkan kau.”

“ Tipu! Kau jangan cuba nak tipu aku.” aku menggeleng.

“ Tak… aku tak tipu kau.” Sany risau bila aku tak nak dengar penjelasan dia.

“ Kau tipu. Kau memang sengaja nak tengok hidup aku hancur. Dulu kau pernah cakap yang kau lagi rela kahwin dengan aku daripada biarkan Faiq kahwin dengan aku. Kau berdendam dengan Faiq.”

“ Jangan sebut nama dia.” Sany memberikan amaran. Suaranya serius.

Aku ketap gigi geram.

“ Kenapa kahwin dengan aku kalau kau langsung tak cintakan aku? Kau patut biarkan aku dengan Faiq sebab Faiq lagi…” suaraku tersekat bila Sany memagut bibirku, mematikan bicara yang ingin aku luahkan.

“ Aku dah cakap jangan sebut nama dia tapi kau degil.” Sany tersenyum sinis. Aku meronta kuat dan akhirnya pegangan Sany terlepas.

“ Kau dah melampau!” menggigil aku menahan marah. Berani dia sentuh aku?

“ Tu baru sikit, aku boleh buat lebih daripada tu.” Sany kembali merapatkan jarak di antara kami.

“ Aku tak sangka kau…”

“ Dah, jom tidur.” Sany memintas ayatku. Dia tarik tangan aku ke katil tanpa sempat aku mengelak.

“ Aku nak keluar dari bilik ni.” aku membentak sambil cuba melepaskan pegangan Sany.

“ Lebih baik kau tidur sekarang daripada aku buat yang bukan-bukan.” Sany mula mengugut bila aku masih berdegil.

Dengan rasa sakit hati yang menggunung aku baring di atas katil. Aku meletakkan bantal peluk kat tengah untuk memisahkan aku dan Sany. Dalam keterpaksaan aku memejamkan mata. Aku dengar Sany mengeluh.
Setelah beberapa lama, aku perasan yang Sany mengalihkan bantal peluk yang berada di tengah dan melingkarkan tangannya di pinggangku. Nafasnya hangat menampar leherku. Aku menahan debar. Kalau dia buat lebih-lebih aku tak akan teragak-agak untuk menjerit.

“ Kenapa Lin tak nak percaya cakap abang? Abang tak tipu bila abang cakap yang abang cintakan Lin. Susah sangat ke nak percaya apa yang abang cakap?” Sany berbisik perlahan di telingaku. Suaranya kedengaran sedih.

“ Kalaulah Lin tahu apa yang abang rasa…” sempat Sany mengucup ubun-ubunku sebelum dia turut merebahkan kepala di atas bantal yang aku gunakan.

Aku membuka mata sedikit. Luahan Sany membuatkan hatiku sedikit terkesan.




******************************



Setelah aku berkahwin, aku tidak lagi rapat dengan Faiq. Jangan haraplah aku boleh contact Faiq lagi, Sany memang tak bagi langsung. Cemburu! Tapi nasib baik Sany pun dah tak rapat-rapat dengan Zira. Kalau tak aku pun nak naik angin…

Masuk hari ini sudah genap dua minggu usia perkahwinanku dan Sany. Hubungan kami masih lagi beku. Aku masih lagi mengelak daripada mendengar penjelasan Sany. Hanya sepi yang menghuni suasana bila aku berdua dengan Sany. Aku lebih rela menjadi tunggul daripada melayan bicara Sany. Aku tahu Sany kecewa tetapi aku masih belum memaafkannya kerana memerangkapku di dalam perkahwinan ini.

Saat ini aku keseorangan di bilik. Sany berada di syarikat papanya. Rupa-rupanya Sany anak orang kaya. Anak Tan sri tapi sekalipun dia tak pernah cerita pada aku. Sikapnya yang selalu merendah diri langsung tak menunjukkan yang dia berasal dari golongan berada. Kereta yang dipakainya di kampus hanya kereta biasa-biasa saja iaitu kereta myvi. Pandai dia sembunyikan statusnya yang sebenar. Sebagai kawan baiknya pun aku tak tahu tentang hal yang satu ini.

Sedang aku mengemas katil kami, aku perasan ada surat yang berada di bawah bantalku. Sany yang letak? Dengan perasaan ingin tahu aku ambil dan mula membaca coretan di dalam surat tersebut.


Ke hadapan isteriku Nurul Hazlinda,

Abang harap warkah ini dapat menyelesaikan kemelut yang sedang terjadi dalam perhubungan kita. Hanya ini yang mampu abang lakukan kerana Lin tak mahu mendengar penjelasan dari mulut abang sendiri.

Abang faham kalau Lin terasa dengan apa yang abang pernah lakukan. Abang mengerti kalau Lin kecewa dengan tindakan abang yang pernah mengabaikan Lin suatu masa dulu. Abang tahu, semua yang Lin rasa sekarang ni berpunca daripada diri abang sendiri. Apa yang boleh abang nyatakan ialah maaf… maafkan abang kerana buat Lin menderita kerana kehilangan ‘bestfriend’ Lin dahulu. Abang tahu, ucapan maaf itu langsung tak setanding dengan rasa sakit hati Lin tetapi hanya itu yang mampu abang ucapkan.

Tahukah Lin kenapa abang bertindak demikian? Abang lakukannya bersebab. Abang dah tak boleh nak anggap Lin sekadar kawan baik abang sahaja. Abang mahukan hubungan kita lebih daripada sekadar kawan baik! Tanpa abang sedar, perasaan sayang abang buat Lin semakin bercambah. Mekar sehinggakan abang tak mampu untuk mengawalnya. Pandangan abang terhadap Lin sudah berubah. Abang mula pandang Lin sebagai seorang perempuan yang ingin abang sunting menjadi isteri . Jangan tanya abang bila masa abang mula mencintai Lin kerana abang sendiri tak sedar bila masa hati abang mula berubah mencintai Lin.

Abang cintakan Lin! Sungguh, abang cinta tetapi abang tahu yang abang tak mampu untuk memiliki Lin bila abang sedar yang Lin tak akan rasa apa yang abang rasa. Abang takut sekiranya abang meluahkan isi hati abang, Lin akan pergi dari sisi abang. Abang takut jika kita dah tak akan jadi macam dulu lagi disebabkan perasaan abang. Macam mana abang nak teruskan hidup tanpa memandang Lin kerana Lin adalah kekuatan abang. Tanpa Lin abang akan rebah.

Jadi, abang mengambil keputusan untuk menjauhkan diri seketika. Abang cuba hapuskan perasaan yang tak sepatutnya ini. Abang cuba buang rasa cinta abang pada Lin dengan mendekatkan diri pada perempuan lain. Tetapi tahukah Lin… sejauh mana pun abang pergi ingatan abang terhadap Lin tetap melekat kuat. Abang tak mampu… malah, abang rasa terseksa bila berjauhan dengan Lin.

Di saat abang ingin kembali… hati abang kecewa bila melihat Lin bersama Faiq. Abang tak benci Faiq… tapi abang cemburu bila Lin bersama dia! Mungkin Lin boleh kata yang abang ni pentingkan diri tetapi kenyataannya abang memang tak sanggup tengok Lin bersama dengan lelaki lain. Rasa cinta ini benar-benar menyeksa abang. Ingin saja abang luahkan tapi abang ego…

Jalan terakhir yang boleh abang lakukan untuk memiliki Lin ialah dengan menghantar rombongan meminang ke rumah Lin. Percaya atau tidak, abang memang yakin yang emak Lin akan terima abang dan sebagai anak yang baik abang tahu Lin akan terima pinangan abang.

Abang memang pentingkan diri kan? Tetapi lelaki yang pentingkan diri inilah yang ingin hadiahkan kebahagiaan dalam hidup Lin. Lelaki inilah yang akan menyapu air mata Lin di saat Lin kesedihan. Lelaki inilah yang akan menemani Lin menjalani hari-hari tua kelak. Dan lelaki inilah yang akan mencintai Lin selagi nyawa dikandung badan.

Tolonglah sayang… jangan pinggirkan abang dari hidup Lin. Abang merindui kemesraan kita seperti dulu. Abang rindukan senyuman Lin… abang rindukan gelak tawa Lin. Abang sedar yang perkahwinan kita tak seperti orang lain tetapi abang sentiasa berdoa agar Lin dapat terima abang. Percayalah sayang… hanya Lin yang bertakhta di hati ini dari dulu lagi, sekarang dan insyaAllah selagi abang masih bernafas di dunia ini.

Suami yang mencintaimu,
Eranshani.

Tanpa aku sedari, air mata sudah basah menuruni pipiku. Sungguh, aku tak sangka yang Sany turut mencintaiku! Rupanya kami sama-sama mencintai tetapi disebabkan masing-masing memendam rasa, terdapat banyak salah faham yang terjadi. Aku harus lakukan sesuatu agar hubungan kami kembali pulih. Aku tak nak Sany berjauh hati dengan sikapku. Mungkin aku patut menawan hatinya kembali. Pamerkan rasa cinta yang aku tanggung selama ini supaya dia tahu bahawa dia tak bertepuk sebelah tangan.



******************************



Aku lihat diriku di cermin.  Spontan aku tutup muka kerana malu. Malu bila sepasang dress warna merah yang aku kira agak seksi tersalut di tubuhku. Perlahan-lahan aku menjatuhkan tangan. Aku gigit bibir. Agak tak selesa kerana dress ini begitu singkat iaitu hanya paras paha saja. Sleeveless dan potongan lebar di bahagian dada. Seksi sampai aku pun naik segan melihat figura sendiri. Betul ke tindakan aku ni? Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi aku nak hangatkan kembali hubungan kami…

Aku tersentak bila pintu dibuka dari luar dan Sany melangkah masuk. Beg kerjanya diletakkan di sofa. Mukanya nampak letih kerana seharian berada di pejabat. Pukul sebelas malam baru wajahnya muncul di rumah kerana aku tahu banyak kerja di pejabat yang memerlukan perhatiannya lebih-lebih lagi papa mahu Sany mengambil alih syarikat tersebut apabila papa bersara kelak.

“ Kenapa tak tidur lagi?” Sany tanya tanpa pandang aku.

“ Lin… Lin tunggu abang.” Aku bersuara perlahan dengan perasaan debar. Berdebar menunggu reaksi Sany melihatkan aku berpakaian begini.

Terus Sany pandang aku bila aku cakap macam tu sebab biasanya aku langsung tak nak layan dia bercakap. Dan aku nampak dia tergamam melihatkan dress yang tersalut di tubuhku. Aku tunduk pandang kaki sendiri. Malu menghuni diri.

Aku semakin berdebar bila Sany mengorak langkah ke arahku. Aku gigit bibir perlahan kerana dadaku rasa nak pecah bila jantungku sudah berubah rentak. Haruman dari tubuh Sany dapat aku hidu bila dia sudah berada di depanku. Tubuh kami begitu rapat dan aku yakin jika Sany melangkah setapak lagi dia akan dapat mendengar degupan jantungku.

Aku pejam mata bila Sany dongakkan wajahku. Rasa tak mampu nak pandang wajah Sany. Perlahan-lahan Sany mengusap pipiku lembut.

“ Sayang sengaja nak goda abang?” Sany berbisik lembut di tepi telingaku.

Aku diam. Masih lagi menutup mata. Suaraku seakan hilang bila Sany mula melingkarkan tangannya di pinggangku membuatkan tubuh kami semakin rapat. Nafas Sany hangat menampar wajahku.

Mata yang tadi aku pejam kini terbuka bila Sany memagut bibirku lembut. Darah merah menyerbu ke mukaku.  Ini bukan kali pertama Sany menyentuhku tetapi aku tetap malu.

“ Dah baca surat abang?” soalnya tiba-tiba setelah melepaskan bibirku.

Aku angguk kepala. Kerana suratnya itulah aku tahu perasaan sebenar Sany terhadapku.

“ Dah tahu perasaan sebenar abang pada sayang?” soal Sany ingin tahu.

Aku angguk kepala lagi.

Please talk to me. I really miss your voice.” Sany merayu. Wajahnya penuh berharap.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Berada dekat dengan Sany sering kali buat aku hilang nafas. Aku cuba bertenang.  Aku mengumpul keberanian untuk meluahkan isi hatiku pada Sany malam ini. Perlahan-lahan aku lingkarkan tanganku di leher Sany. Aku mula membalas renungan Sany. Senyuman mula terukir di bibirku untuk tatapan Sany, suami yang kusayang.

Do you love me?” Tanya Sany teragak-agak. Mungkin risau jika aku tidak berperasaan sama sepertinya.

I love you with all my heart.” Jawabku yakin.

“ Alhamdulillah…” Sany mengucap syukur dan melabuhkan ciuman di dahiku.

“ Lin tak sangka yang abang pun cintakan Lin. Lin ingat Lin seorang saja yang tepuk sebelah tangan. Jadi, Lin pun senyap. Lin takut kalau Lin luahkan, abang akan gelakkan Lin.” Aku meluahkan apa yang terbuku di hati. Sungguh, andai aku tahu dia cintakan aku, aku tak akan teragak-agak untuk meluahkan rasa cinta.
Sany menghela nafas. Dia mengusap rambutku yang mencecah ke pinggang.

“ Abang sendiri tak sedar bila cinta ni mula hadir. Yang abang tahu, abang gelisah kalau tak dapat jumpa Lin walaupun sehari. Bila ada lelaki lain rapat dengan Lin. Abang jadi tak senang duduk. Lama kelamaan baru abang sedar yang abang cintakan Lin. Lin tahu tak betapa sakitnya abang pendam rasa sayang ni sampai satu tahap abang rasa nak menjerit biar semua orang tahu yang abang cintakan Lin. Abang nak Lin jadi milik abang.”

Aku tersenyum. Sany meletakkan tanganku di dada bidangnya. Degupan jantungnya begitu pantas. Aku cari mata Sany.

“ Hanya Lin seorang yang mampu buat jantung abang berdegup laju.” Ujarnya lembut.

Sany terkedu bila aku jingkit sedikit dan cium pipi kirinya.

“ Maaf kalau Lin selalu buat abang hilang sabar. Selalu buat abang kecil hati. Lin selalu uji kesabaran abang…” bicaraku terhenti bila Sany menutup bibirku dengan jari telunjuknya. Dia menggeleng.

“ Abang yang patut minta maaf pada Lin. Abang faham kalau Lin kecil hati sebab abang pernah lukakan hati Lin. Abang tinggalkan Lin sebab nak buang perasaan cinta ni tapi abang sedar yang abang takkan mampu buang cinta Lin sebab abang terlalu menyintai Lin. Lin sangat bermakna dalam hidup abang.” Luah Sany penuh perasaan membuatkan air mataku mula bergenang di pelupuk mata. Hatiku mula sebak dengan ketulusan cinta Sany.

“ Jangan menangis… abang rasa sedih bila Lin menangis. Abang sanggup buat apa saja asalkan abang tak dapat lihat air mata Lin.”  Suara Sany sayu. Dia mengesat air mata yang mula mengalir di pipiku.

“ Lin sayang abang…” aku bersuara sambil memeluk tubuhnya erat. Aku rasa tenang mendengar degupan jantungnya. Bagaikan itu adalah irama yang terindah sekali yang aku pernah dengar.

“ Abang pun sayang Lin…” Sany membalas. Aku hanya membiarkan di saat Sany mencempung tubuhku dan merebahkanku di katil. Aku tersenyum… tiada kata yang perlu diucap bila hati saling memahami.

Daripada status sebagai kawan baik, kini kami bergelar suami isteri. Benar kata orang… cinta boleh hadir melalui cara yang tidak kita duga. Lambat atau cepat, cinta tetap akan menjengah. Saat cinta hadir, kita tidak akan mampu mengelaknya… aku bersyukur kerana kami masih sempat mengecap bahagia setelah sekian lama memendam rasa. Sesungguhnya, cinta itu amat indah.

P/S: Cerpen biasa-biasa dari saya. Tipikal love story tapi inilah yang sering terjadi di dalam hidup kita.

Buat Linda and Sani… I hope you guys will give good news to us (geng Es D’corps) … stop pretending that you have no feeling towards him la Linda… hehe J





13 comments:

  1. best...mmg slalu ternantikan karya dr uglybetty
    teruskan berusahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah saya akan teruskn berkarya...
      nurul buat saya happy dgn komen nurul :)

      Delete
  2. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 83
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. jln cerita blog ni sumenye best sgt2!!!

    ReplyDelete
  4. so Aliya kn continue follow tau... hehe

    ReplyDelete
  5. adik ni student lagi ye? kak wan suka dgn gaya penulisan adik ni. Dah ada mss lengkap ke? tak nak cuba hantar kpd penerbit? teruskan berkarya sebab anda ada bakat yg bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, student lagi (^_^)
      sy cuba nak siapkn manuskrip novel Akanku Tawan Cintamu! tapi sy busy sikit... thanks tau kak wan sbb suka sy.. eh silap, sbb suka gaya penulisan sy... hehehe

      Delete
    2. assalamulaikum adik betty,

      jika nak hantar mss let me know..thanks

      Delete
  6. Salam. Best sangat-sangat. Teruskan usaha anda. Maaf baru dapat cari cerpen uglyBetty. Salam :)

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaa...suka gila kat cerpen sis☺

    ReplyDelete