Tuesday 7 August 2012

CERPEN: Hati Aku Milik Aku!










Bibirnya diketap geram menahan rasa panas yang menerjah dalam hati. Di hadapannya Danial Farhan masih merayu penuh harapan. Berharap Marissa menerima cintanya. Gila…aku dah reject berapa kali pun masih tak faham lagi ke? Nak aku guna bahasa apa lagi? Kalau aku cakap tamil ternganga mamat ni pulak. Macamlah dah takde perempuan lain kat dunia ni…kenapa pula dia yang Danial Farhan kejar.

“ Berapa kali saya nak cakap?  Saya tak boleh terima awak.” Untuk kesekian kalinya aku berkata.

“ I know tapi perasaan tu boleh dipupuk. Awak kena bagi saya peluang untuk saya tunjukkan yang saya benar-benar sayangkan awak. Saya akan pastikan yang awak tidak akan menyesal menerima saya dalam hidup awak.” Yakin sahaja Danial Farhan bersuara. Dipandang wajah cantik yang berada di hadapannya. Memang 
benar- benar cantik sehingga boleh membuatkannya gila bayang.

Terukir senyuman sinis di dua ulas bibir Marissa yang cantik merekah. ‘Lelaki semua sama’.

“ Tapi tak semudah tu saya nak serahkan hati saya pada awak. Hati saya bukannya barang mainan yang boleh diserahkan sewenangnya pada awak. Tiada jaminan yang awak tidak akan menghancurkan hati saya.”

Danial Farhan meraup rambutnya resah. Sudah berkali-kali kali Marissa menolak cintanya tapi dia tak pernah jemu merayu agar cintanya diterima Marissa. Sungguh, kali ini dia benar-benar tersungkur di kaki seorang perempuan. Sedangkan selama ini perempuan yang mengejar dirinya. Perempuan dianggap tak lebih dari 
sekadar suka-suka.Tidak pernah dipeduli tentang perasaan mereka. Bertukar perempuan bagai menukar baju.

“ Saya tak pernah anggap awak sebagai mainan. Awak terlalu berharga bagi saya. Saya janji dengan sepenuh hati saya yang saya akan jaga hati awak dengan seeloknya. Biar tak terluka walaupun sedikit. Tapi awak kena serahkan kepercayaan terhadap saya untuk menjaganya.”  Tersusun ayat yang diluahkan dari Danial Farhan. Dia benar-benar berharap yang wanita dihadapannya faham. Sememangnya dia serius menyayangi Marissa. Tapi Marissa bukannya seperti wanita lain yang mudah jatuh hati kepadanya. Sebaliknya kala ini dia pula yang merayu Marissa. Langsung bukan dirinya. Namun hatinya sedikit pun tidak kisah.

“ Awak nak saya serahkan kepercayaan saya terhadap awak?” Marissa melontarkan pertanyaan.

Laju sahaja Danial Farhan mengangguk. Direnung tunak wajah Marissa.  Sinis sahaja senyuman yang terukir di bibir Marissa. Menyentap ke dasar hatinya. Pedih.

“ Dengan status awak sebagai playboy tu, awak fikir dengan sewenangnya saya akan serahkan kepercayaan saya pada awak? Saya tak begitu bodoh untuk melukakan hati sendiri wahai Encik Danial Farhan. Mungkin bagi awak saya sama macam perempuan lain yang kat luar sana yang begitu mudah tersungkur di kaki awak. Tapi saya bukan macam mereka dan tidak akan jadi seperti mereka. “ Keras Marissa bersuara.

Marissa menahan perasannya. Dia tidak begitu bodoh untuk menerima Danial Farhan. Bukannya dia tak kenal siapa Danial Farhan. Seorang playboy  yang hanya suka permainkan perasaan perempuan. Diumpan pula dengan pakej yang cukup lengkap, dengan muka yang begitu tampan dan ditambah  dengan poket yang penuh berisi, dengan mudahnya perempuan berada di genggaman tangannya. Tapi dia tidak termasuk di kalangan perempuan- perempuan tersebut. Sedikit pun hatinya tidak tercuit. Malah bertambah meluat ada la.

Berubah riak muka Danial Farhan mendengarkan kata-kata tersebut. Tapi harus ditelan juga . Memang kenyataan yang dia kaki perempuan. Tapi itu dulu! Sebelum dia bertemu Marissa, sebelum dia mengenali erti cinta, sebelum dia kenal erti rindu. Kehadiran Marissa dalam hidupnya telah merubah segalanya. Dia bukan lagi Danial Farhan yang dulu. Dia ingin menjadi pencinta setia. Setia kepada  cinta Marissa.

“ Saya tahu…saya tak dapat menyangkal yang saya playboy. Tapi tolonglah faham. Itu kisah silam saya. Saya dah bukan macam dulu lagi. Kehadiran awak dalam hidup saya merubah segalanya. Sekarang ini saya hanya mahukan awak. Saya tak nak perempuan lain dan  saya takkan pandang perempuan lain selain awak.”

Huh, ayat playboy. Tak boleh diguna pakai langsung! Aku tak nak kau la…jerit Marissa dalam hati.

“ Dengar sini baik-baik Danial Farhan. Sama ada hidup awak berubah atau tidak, itu tak ada kena mengena dengan saya. Saya tak nak ambil tahu pun. Yang saya nak sekarang ni, jangan muncul dalam hidup saya lagi. Awak benar-benar menyusahkan hidup saya dengan kehadiran awak. Saya tak pernah suka awak dan tak akan sukakan awak. Jadi awak tak perlu membuang masa dengan mengejar saya lagi. Faham?” Marissa memandang tepat ke dalam mata Danial farhan. Ada kepedihan di mata itu. Tapi dia tak ambil peduli. Danial Farhan bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

Danial Farhan mengetap rahangnya. Menghalau rasa sedih yang melanda. Walau apa pun yang berlaku dia tetap akan menawan hati Marissa. Biarpun Marissa jelak dengan dirinya tapi dia akan sentiasa muncul di depan Marissa. Marissa tiada hak untuk menghalang dirinya dari terus mencintai.

“ Awak tak perlu suka saya sekarang kerana suatu hari nanti saya akan pastikan  yang awak akan cintakan saya sebagaimana saya cintakan awak. Sebab saya tahu yang hati awak milik saya.” Yakin sahaja Danial Farhan berkata. Dia akan kotakan apa dia cakap. Dia tak akan tumpas dengan mudah terhadap kedegilan Marissa.

Marissa menajamkan pandangannya. Bibirnya diketap geram. Tidak suka dengan keyakinan Danial Farhan.

“ Suka hati awak nak cakap apa. Hati saya milik saya…dan awak tiada hak untuk itu.” Serentak dengan itu Marissa berlalu. Meninggalkan Danial Farhan di belakang.

Danial Farhan hanya tersenyum sambil menundukkan wajahnya. Seketika kemudian dia mengangkat kepala dan memandang bayang Marissa yang semakin menjauh.

‘ Hati awak milik awak…tapi saya akan pastikan yang hati awak bukan lagi jadi milik awak. Kerana hati awak milik saya.’



*****************************



“ Nah, bunga mawar merah untuk kau lagi.” Alia meletakkan jambangan bunga merah di atas meja Marissa. Alia tersenyum bila ternampak kerutan di dahi Marissa. Faham dengan kerutan di wajah itu.

“ Dia lagi ke?” tanpa perasaan Marissa bertanya. Dipandang bosan bunga dihadapannya. Dia memang sukakan bunga mawar tapi dia tak suka orang yang menghantar bunga tersebut!

Tercetus ketawa Alia. Jelas dengan perasaan Marissa yang tidak suka dengan lelaki itu.

“ Siapa lagi…dia la yang hantar. Diakan nak beli jiwa kau.”

Marissa mencebikkan bibir.

“ Kau buat la apa yang patut dengan bunga tu. Yang penting jangan letak kat dalam bilik aku. Buat hilang seri je.”  Alia hanya menggelengkan kepala.

“ Aku rasa lama-lama nanti ofis kita boleh buka kedai bunga la. Mana taknya, kalau hari-hari kau dapat bunga. Sampai seratus kuntum bunga mawar dia bagi kat kau.” Sengaja Alia menyakat Marissa.

Marissa menolak bunga tersebut jauh-jauh darinya bagaikan menolak racun sahaja.

“ Biarlah kalau ofis ni jadi kedai bunga sekalipun, aku tak peduli. Yang aku peduli sekarang ni kenapa la lelaki ni degil sangat. Tak makan saman langsung. Aku dah cakap yang aku tak suka dia tapi dia ni jenis tak faham bahasa…ish…geram betul la.” Penuh perasaan Marissa meluahkan. Sememangnya lelaki yang bernama Danial Farhan sangat keras kepala. Sudah dikata tidak mahu tapi masih mahu terhegeh-hegeh. Dia sendiri naik pening dengan kerenah lelaki itu.

“ Itu maknanya dia sayangkan kau. Tapi kau yang tak nampak. Buka sikit pintu hati kau luas-luas. Baru kau nampak ketulusan hati dia.”

Marissa mengetap bibirnya geram. Ish Alia ni…bukannya dia tak tahu yang si Danial Farhan tu kaki perempuan. Alia nak ke aku makan hati berulamkan jantung kalau aku terima Danial Farhan. Buat sakit jiwa je nanti.

“ Takde maknanya aku nak buka pintu hati aku luas-luas. Macam la kau tak tau yang dia tu playboy. Kau nak ke kalau kawan baik kau yang seorang ni kecewa nanti kalau dia tinggalkan aku?”.

Alia memandang raut wajah di depannya. Nampak riak tidak puas hati dia wajah Marissa bila dia seolah-olah setuju sekiranya Marissa menerima cinta Danial Farhan.

“Aku tahu yang dia kaki perempuan tapi mungkin dia dah berubah. Siapa tahu yang kalau-kalau kehadiran kau buat hidup dia jadi lebih bermakna. Bukan lagi seorang playboy tapi pencinta setia. Setia terhadap cinta Marissa. Hehehehe…” Lebar senyuman Alia. Dia dapat rasakan yang Danial Farhan benar-benar sudah berubah. Perubahan yang sangat ketara. Cuma Marissa sahaja yang membutakan mata.

Dah macam tajuk novel je aku rasa. Cinta Marissa…tader…tader…aku tak nak jugak. Marissa mengeleng-gelengkan kepalanya.

“ Kau rasa orang macam dia tu boleh berubah ke? Dia takkan boleh hidup tanpa perempuan keliling pinggang la.” Sinis Marissa membalas. Bukannya dia tak pernah nampak Danial Farhan mengusung perempuan ke sana sini. 
Dan tiap kali itu la dia nampak perempuan yang berbeza dibawa oleh lelaki tersebut. Betapa mudahnya lelaki itu mendapatkan perempuan. Huh!

“ Semua orang boleh berubah. Dia pun tak terkecuali.”

Marissa mengerutkan dahi

“ Kau kawan siapa sekarang ni? Kawan aku ke kawan dia? Cara kau cakap macam kau kawan baik sangat dengan dia.”

Alia tergelak mendengarkan bicara Marissa. Marissa jauh hati.

“Sory…memang la aku kawan kau. Aku cuma bagi pendapat je. Jangan kecil hati tau.”

“ Okay tapi jangan cerita pasal dia lagi. Aku tak nak dengar.” Marissa memberi amaran.

Alia hanya menggelengkan kepala.

Marissa membulatkan mata. “Alia!”

Spontan Alia ketawa lagi.




******************************




Langkah kakinya dihala menuju ke tempat di mana dia letak kereta. Saat dia mula dekat dengan kereta persona miliknya, matanya menangkap  tubuh seseorang yang sedang elok bersandar di tepi keretanya. Lelaki tersebut menundukkan wajah di balik topi yang dipakai. Terus Marissa memperlahan langkahan kakinya.

Ah sudah..siapa pula ni? Hati Marissa sedikit gentar. Ditambah pula kawasan yang sunyi. Tiada orang. Marissa mengutuk dirinya. Menyesal pula balik lambat. Tapi dia terpaksa kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Kalau tak siap pasti  bosnya yang berkepala botak licin itu membebel. Dia lebih rela dengar maknya membebel dari Mr Lim membebel. Mengalahkan perempuan.

Marissa menyeluk tangannya ke dalam beg. Mencari sesuatu untuk dijadikan senjata. Minyak wangi dikeluarkan. Ah, jadi la daripada takde apa-apa.

Debarannya makin memuncak bila jarak mereka semakin dekat. Serentak dengan itu lelaki tersebut mengangkat wajah. Marissa yang menghalakan minyak wanginya ke arah lelaki itu terus menukar arah semburan ke tempat lain.

Fuh, mujur tak kena mata dia. Tangan dilekapkan ke dada. Menahan debar yang beransur hilang.

Pandangan geram dihalakan ke arah Danial Farhan.

“ Apa yang awak buat ni?”

Danial Farhan mengerutkan dahi tanda tak faham.

“Apa yang saya buat?”

Marissa menahan nafas yang dari tadi tertahan-tahan. Bengang dengan Danial Farhan yang bagai tidak faham.

“ Awak jangan pura-pura tak tahu la.”

Danial Farhan menggarukan kepalanya di balik topi yang dipakai. Dia benar-benar tak faham, apa yang dia buat sampai Marissa nampak marah? Sungguh, dia tak tahu!

“Rissa sayang, saya betul-betul tak tahu apa yang saya buat sampai awak marah macam ni. Kalau awak marah sebab saya hantar bunga saya minta maaf. Tapi saya akan tetap hantar bunga hari-hari pada awak.”

Marissa membulatkan matanya. Masalahnya sekarang ni bukan sebab bunga tapi sebab kemunculan lelaki itu yang menunggu di tepi keretanya membuatkan dia takut sebentar tadi. Ingatkan ada perompak atau perogol yang sedang menunggu.

Marissa turut menyandarkan tubuhnya di sebelah Danial Farhan. Namun masih ada jarak di antara mereka.

“ Bukan sebab bunga. Awak betul-betul buat saya takut malam ni.” Nafasnya dihembus kasar.
Danial Farhan menghadapkan tubuhnya, memandang Marissa yang berada di sebelah. Dia dapat lihat muka Marissa yang sedikit pucat. Hatinya jadi tidak enak.

“ Saya buat awak takut? Kenapa? Apa yang saya buat? Dan kenapa awak pegang minyak wangi? Tadi pun awak hampir sembur saya dengan minyak wangi awak tu.” Pelik juga tadi apabila dia mengangkat wajah Marissa menyemburkan minyak wangi dekat dengannya tapi tak terkena dia.

“Awak la…siapa suruh awak berdiri tercongot kat kereta saya. Siap pakai topi bagai. Baju pun warna hitam. Siapa yang tak takut. Saya ingatkan ada orang jahat mana la tadi.” Dengan satu nafas Marissa bersuara.

Danial Farhan tergelak besar mendengarkan ayat itu. Boleh pula dia dikatakan penjahat. Comel pula Marissa dalam keadaan marah macam ni.

“ Jangan gelak la. Tak kelakar pun. Patutnya tadi saya sembur je mata awak dengan minyak wangi ni. Biar padan muka.” Marissa memeluk tubuh. Bengang dengan Danial Farhan yang mengambil ringan kata-katanya.

Danial Farhan menggantikan ketawa tadi dengan senyuman manis.

“ Punya la handsome muka saya ni, boleh pula awak fikir yang saya ni penjahat. Ada muka penjahat ke saya ni?”

“ Suka hati awak la. Malas saya nak layan. Saya nak balik. Dah tepi.” Namun Danial Farhan masih tak berganjak dari kedudukannya.

“ Kejap, saya nak tengok muka sayang saya ni. Nak lepas rindu.” Memang benar yang dia rindukan Marissa. Seminggu outstation tanpa melihat wajah kesayangannya benar-benar membuatkannya kerinduan. Rindu separuh mati. Walau Marissa tidak mahu berjumpa dengannya, dia masih lagi sembunyi-sembunyi memandang Marissa dari jauh. Cuma adakalanya dia akan muncul di depan wanita ini bila kerinduannya memuncak. Macam sekarang ini.

Marissa menggenggam beg tangannya erat. Ada pula yang kena baling dengan beg ni pula nanti. Dia dah la penat, semakin penat bila dihadapkan dengan kerenah Danial Farhan. Sangkanya Danial Farhan sudah berputus asa kerana hampir seminggu juga Danial Farhan senyap. Tiada lagi mesej dan panggilan telefon yang diterima dan tiada lagi batang tubuh Danial Farhan muncul di ofis. Cuma dia masih menerima bunga setiap pagi.

Ternyata telahannya meleset. Danial Farhan masih macam dulu. Mengharapkannya. Walau sudah diterangkan di pertemuan terakhir mereka yang dia tak boleh menerima Danial Farhan namun lelaki itu seolah-olah tidak mengerti. Payah! Tak tahu nak cakap macam mana lagi.

“ Saya nak balik. Please…tolong faham. Saya penat sangat-sangat sekarang ni.”

Danial Farhan merasa belas. Dia faham yang Marissa penat. Cukuplah dia hanya dapat menatap wajah Marissa 
walau sekejap. Sedikit sebanyak kerinduannya terubat. Tubuhnya dialihkan sedikit dan pintu kereta dibuka.

Pantas sahaja Marissa meloloskan diri ke dalam kereta namun belum sempat dia menutup pintu tangan Danial Farhan menahan. Danial Farhan menundukkan sedikit tubuhnya agar pandangan mereka bertemu.

Marissa menjarakkan tubuhnya. Terkejut dengan kelakuan Danial Farhan.

“ Lepas ni jangan balik lambat lagi macam ni. Saya tak suka. Nasib baik saya yang tunggu awak tapi macam mana kalau orang jahat yang tunggu awak tadi. Apa yang awak nak buat?” Dia bukannya nak takutkan Marissa tapi Marissa perlu sedar, bahaya perempuan sepertinya balik lewat malam begini. Dia sendiri bimbang akan keselamatan Marissa. Kalau ada lelaki yang berniat tidak baik bagaimana? Dia sendiri tidak dapat bayangkan apa  yang akan terjadi.

Marissa hanya mendiamkan diri.

“ Tak apa la..drive hati-hati. Balik rumah nanti awak rehat. Saya tahu awak letih. Jaga diri Rissa sayang” tangan 
Danial Farhan sempat mengusap kepala Marissa di balik tudung yang dipakainya sebelum dia menutup pintu kereta.

Marissa terkedu.



******************************



Danial Farhan pandang Aiman Shauqi yang sedang elok duduk di sofa depannya. Mereka baru sahaja selesai berbincang tentang projek perumahan yang akan dijalankan. Bukan dia tak perasan yang dari tadi Aiman Shauqi memandangnya.

Danial Farhan menjungkitkan keningnya seolah-olah menyoal.

Aiman shauqi tergelak kecil mempamerkan barisan giginya yang cantik tersusun. Danial Farhan memang bijak membaca bahasa tubuhnya. Ternyata persahabatan yang terjalin selama 8 tahun buat mereka benar-benar faham di antara satu sama lain.

“ Kau dah tak keluar jumpa perempuan.” Sebaris pernyataan dari Aiman Shauqi yang menerbitkan bunga-bunga senyuman di bibir Danial Farhan.

Danial Farhan menghirup kopi di atas meja. Sengaja mendera hati Aiman Shauqi yang masih menanti jawapan darinya.

“Pelik ke kalau aku tak keluar dengan perempuan?” Pertanyaan pula yang dilontarkan.

Aiman Shauqi menyandarkan tubuhnya. Cuba membaca riak tersirat di wajah Danial Farhan. Namun dia gagal menebak apa yang berada di hati temannya. Seolah-olah ada rahsia yang disembunyikan tapi apa?

“Memang pelik sebab ni bukan macam diri kau. Selalunya kau jarang lekat kat ofis. Keluar memanjang je dengan perempuan. Sally, Melina, Lily, Zetty dan banyak lagi la sampai aku sendiri tak boleh nak hafal senarai nama perempuan yang pernah keluar dengan kau. Tapi aku tengok sekarang ni kau dah tak keluar dengan mana-mana perempuan. 24jam mengadap kerja. Pelik aku tengok. Kau ada apa-apa nak cerita kat aku pasal perubahan kau?”

Dah lama dia nak bertanya tapi keadaan tak mengizinkan kerana sudah beberapa bulan dia agak sibuk menguruskan projek besar bernilai jutaan ringgit. Jadi dikesempatan yang ada terus dia bertanyakan perubahan sikap temannya itu.

Danial Farhan yang dia kenal dulu bukan begini. Hidupnya dikelilingi perempuan-perempuan cantik. Siang dan malam Danial Farhan temankan teman-teman wanitanya bershopping. Tidak kisah langsung berhabis duit. Namun dia sangat menghormati Danial Farhan, walaupun Danial Farhan banyak menghabiskan masa dengan perempuan tapi Danial Farhan tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai COO ( Chief Operational Officer). Kerja yang dilakukannya memang terbaik dan sering mendapat pujian dari pihat atasan.

“Salah ke kalau aku nak melakukan perubahan? Aku dah tak nak hidup macam dulu lagi. Hidup yang tak ada maknanya. Hidup aku lebih tenang rupanya tanpa perempuan-perempuan tu.” Tenang Danial Farhan membalas. Dia yakin yang Aiman Shauqi sedar akan perubahan dirinya cuma lelaki itu tak tahu kenapa.

“ Tapi mesti ada sebab kenapa kau berubah. Misalnya siapa yang boleh buat kau berubah seratus peratus macam ni?” Timbul juga tanda tanya di hati Aiman Shauqi.

Danial Farhan mengeluh berat. Kepalanya disandarkan ke sofa. Matanya dipejam rapat. Muncul wajah Marissa yang sedang tersenyum manis.

Aiman Shauqi semakin pelik. Lagak Danial Farhan bagaikan ada masalah berat. Dia masih menanti Danial Farhan meneruskan bicara tapi Danial Farhan masih lagi senyap. Aik, tidur ke?

Tak lama kemudian Danial Farhan membuka mata dan menegakkan tubuhnya. Dagunya ditopang menggunakan tangan. Pandangan matanya jauh..seolah-olah mahu tembus ke dinding.

“Aku dah jatuh cinta.” Perlahan saja ayat itu meniti dari bibir Danial Farhan tapi masih boleh didengari Aiman Shauqi.

Aiman Shauqi tersentak.

“Kau apa?” Dia bagaikan tidak percaya. Tapi dia yakin yang telinganya tak salah dengar.

“Aku dah jatuh cinta.” Buat kali yang keduanya Danial Farhan membuat pengakuan.

Aiman Shauqi terdiam sejenak. Seketika kemudian dia menepuk bahu Danial Farhan mesra. Wajahnya ceria. Seolah tumpang gembira dengan pengakuan Danial Farhan. Bukan mudah nak buat lelaki seperti Danial Farhan jatuh cinta.

“  Tahniah. Aku tak sangka pula yang kawan aku ni dah dilamun cinta. Siapa perempuan bertuah tu?”

Danial Farhan mengeluh.

“ Marissa. Tapi dia tak suka aku.” Seperti merajuk saja bunyinya.

Aiman Shauqi mengerutkan dahi.

“ Maksud kau sekarang ni kau bertepuk sebelah tangan. Pulak…macam mana boleh jadi macam ni. Memang unik la perempuan ni sebab tak terpikat dengan kau.” Perempuan mana la yang tak tertawan dengan Danial Farhan ni. Pelik sungguh.

“Lebih kurang la. Dah macam-macam aku buat tapi sikit pun dia tak hairan. Lagi dia menyampah dengan aku ada la. Aku dah tak tahu nak buat apa sekarang ni.” Sedikit terkilan dengan penerimaan Marissa. Langsung tak nak beri dia peluang. Ah, kalau dia jadi Marissa pun mungkin dia akan melakukan perkara yang sama. Dengan status yang pernah dipegang sebagai playboy, sudah tentu Marissa tidak mempercayai ketulusan hatinya. 
Kusut!

“Jangan cepat mengalah. Kau bukan orang yang cepat mengalah. Kau kena berusaha lagi untuk dapatkan cinta dia. Mungkin yang susah nak dapat ni yang akan kekal dengan kau sampai ke akhir hayat.”

Danial Farhan hanya menganggukkan kepalanya. Dia sedikit tersenyum sebagai tanda terima kasih di atas nasihat Aiman Shauqi. Dia tak akan mengalah. Selagi dia masih lagi bernafas di muka bumi ini selagi itu la dia akan berusaha mendapatkan cinta Marissa.


******************************

Langkahnya dilajukan…sesekali kepalanya menoleh ke belakang. Danial Farhan mengekorinya. Serabut betul!

“ Saya dah cakap yang saya tak nak jumpa awak lagi. Awak tak faham bahasa ke?” Tangannya laju menekan punat lif. Danial Farhan yang berada di sisi dijeling geram. Bengang melihat Danial Farhan yang seolah-olah tiada perasaan. Selamba menyelukkan poket ke dalam seluar, begitu santai.

“ Saya bukannya nak jumpa awak, saya ada urusan dengan Encik Daud tadi. Bincang pasal projek yang……eh mana boleh bagitau awak.” Tenang Danial Farhan membalas.

“ Ye sangatlah tu, entah bila Encik Daud tu ada urusan dengan awak. Alasan! Awak memang sengaja nak buat saya marah kan?” Dengan beraninya Marissa memandang tepat ke dalam mata Danial Farhan. Sikit pun dia tak gentar. Kalau orang cakap nanti hati akan berdebar-debarlah, rasa macam sesak nafaslah….huh silap besar! Dia rasa bertambah bengang adalah.

Danial Farhan hanya tersenyum senget. “ Suka hati awak nak cakap apa. Yang penting saya tahu apa yang saya buat. Ke awak yang sengaja nak jumpa saya. Rindukan saya? Yelah, kan hari tu saya takde kat sini..outstation seminggu kat Dubai.”  Semakin melebar sengihan Danial Farhan. Sengaja dia mencurahkan minyak ke api. Kelakar mengenangkan gelagat Marissa yang pantang dicuit, pasti melenting. Mukanya sudah merah tapi masih manis dipandangan mata Danial Farhan.

Marissa sudah mencekakkan tangan ke pinggang.”  Awak jangan nak buat kelakarlah Danial Farhan. This is my office, of course saya ada kat sini. Rindu? Listen to me, tak pernah seminit pun dalam hidup saya rindukan awak. Huh, awak siapa dalam hidup saya? You’re nobody Danial Farhan, nobody…”  Suaranya dikeraskan. Api kemarahan jelas terpancar di sepasang mata yang bundar itu.

Danial Farhan tersentak namun hanya seketika. Sedikit pun dia tidak tercuit dengan kata-kata Marissa. Bibirnya kembali menguntumkan senyuman. Kakinya merapati Marissa. Bibirnya dirapatkan ke telinga Marissa. Marissa terpaku.

Maybe I’m nobody in your life right now, but who knows that I’ll be your hubby in your future. Jangan sampai masa tu awak tak nak lepaskan saya sebab takut kerinduan.  I’m waiting for that time honey.” Bisik Danial Farhan lembut. Hatinya bergetar terhidu bau wangi dari tubuh Marissa. Spontan tangannya mengelus lembut pipi Marissa, tindakan yang dia sendiri tak jangka. Tindakan yang tercetus dari perasaan sayangnya yang mendalam terhadap Marissa.

Tangan Danial Farhan yang mengelus lembut pipinya ditepis kasar. Tak guna! Entah macam mana dia boleh terleka dengan bisikan Danial Farhan. Huh! Lelaki memang suka mengambil kesempatan agaknya.

“  Huh, awak silap besar kalau awak fikir yang saya akan kahwin dengan awak. In your dream Danial Farhan, in your dreamEven kalau awak seorang je lelaki yang  tinggal kat dunia ni pun saya takkan pilih awak. Tolonglah sedar diri sikit. Baik saya kahwin dengan Gopal yang jadi guard kat bawah tu. Dia berkali-kali ganda lagi baik dari awak yang menyakitkan hati ni.” Marissa menjauhkan sedikit badannya yang terasa dekat dengan Danial Farhan. Mujur tiada siapa yang ternampak perkara tadi. Kalau tidak dia pun tak tahu di mana hendak disorokkan mukanya. Danial Farhan memang melampau. Ingat dia ni anak patung ke boleh pegang-pegang? Geramnya!

Danial Farhan hanya menjongketkan bahu, tanda tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh Marissa. Tidak menjadi kudis pun. Tiba-tiba lif terbuka. Orang agak ramai di dalam lif tersebut. Namun Marissa tidak ambil pusing, terus masuk dan menuju ke bahagian belakang sekali. Jika berada di dalam lif, dia memang akan berdiri di sudut tepi dan belakang sekali. Selesa kerana tiada orang yang berada di belakangnya. 

Pekerja-pekerja Berjaya Holdings menundukkan sedikit kepala mereka apabila  nampak Marissa, tanda hormat. Pekerja-pekerja perempuan pula sudah tersenyum-tersenyum melihat wajah tampan Danial Farhan. Danial Farhan sememangnya menjadi bualan di kalangan pekerja perempuan di Berjaya Holdings kerana kekacakan wajahnya. Dihiasi pula dengan sepasang lesung pipit yang dalam. Sekali pandang memang ada iras Lee Min Ho, pelakon korea yang digilai ramai.

Danial Farhan tak ambil endah dengan  pandangan mereka terhadapnya. Dia melontarkan sedikit senyuman. Taknak digelar sombong. Dia mencari kelibat Marissa. Kat belakang…

Marissa hanya memejamkan mata, merehatkan mindanya seketika. Cuba melupuskan wajah Danial Farhan yang muncul di minda. Hidungnya tercium cologne yang biasa dipakai Danial Farhan. Apa aku ni? Kata benci tapi sampai bau minyak wangi dia pun aku boleh cam. Hisy…spontan matanya dibuka. Bibirnya diketap geram bila melihat Danial Farhan berada  di sebelahnya. Rapat…Marissa menjauhkan sedikit badannya namun bahunya sudah pun terhimpit di tepi lif. Tiada ruang lagi… terpaksa ditahankan diri supaya bersabar. Penat melayan kerenah Danial Farhan yang tak sudah-sudah. 

Lif yang sempit membuatkan nafasnya terasa sesak. Marissa hanya membiarkan Danial Farhan di sebelahnya. Malas hendak melayan. Buat sakit hati je. Macam la tak boleh tunggu lif lain. Lif yang dia naik juga Danial Farhan naik.

Lif masih lagi belum sampai di tingkat G. Tempat di mana dia parking kereta. Lif berhenti seketika di tingkat 15. Beberapa orang pekerja masuk. Betul-betul menyebabkan ruang yang sedia ada itu bertambah sempit. Marissa meletakkan beg tangannya di dada. Mengelakkan dirinya daripada bersentuhan dengan belakang badan orang yang berada di hadapannya. Semakin lama dirinya semakin terhimpit di belakang lif tersebut.

Tidak semena-mena ada tangan yang melingkari pingganggnya. Erat… darah Marissa menyirap. Dipandang empunya tangan. Danial Farhan!!! Cuba dilepaskan lingkaran Danial Farhan yang berada di pingganggnya namun tidak berjaya. Pegangan Danial Farhan terlalu ketat. 
Danial Farhan hanya selamba. Ada senyuman di tepi bibirnya. Sedar yang Marissa tidak boleh berbuat apa-apa dalam keadaan sekarang. 

Marissa memandang Danial Farhan dengan perasaan yang penuh membara. “ Apa yang awak cuba buat ni? Lepaskan saya.”  Marissa mengeraskan suaranya.

“Kalau saya tak nak awak nak buat apa?” Danial Farhan berbisik perlahan di telinga Marissa.

Marissa sudah mencerunkan matanya. Dia benar-benar tidak suka dengan apa yang Danial Farhan lakukan.

“ Saya bukannya isteri awak yang awak boleh pegang sesuka hati. Lebih baik awak lepaskan saya. Kalau tidak nanti saya jerit.” Sambil itu tangannya masih lagi mencuba lepaskan pegangan Danial Farhan.

Namun Danial Farhan makin menguatkan rangkulannya di pinggang Marissa. Tidak mengambil pusing dengan apa yang Marissa perkatakan.

Marissa sudah membulatkan matanya. Bengang… Danial Farhan sudah melampau!

Baru sahaja Marissa ingin membuka mulut,  Danial Farhan sudah pun menutup  mulutnya dengan menggunakan tangan kirinya. Danial Farhan menarik tubuh Marissa rapat ke tubuhnya. Marissa seolah-olah dalam pelukannya saat ini.

Danial Farhan melepaskan tangannya yang berada di bibir Marissa. Serentak dengan itu dia menundukkan sedikit kepalanya kepada Marissa. Muka mereka tidak sampai seinci pun. Marissa mengeraskan badannya. Tidak berani menoleh kepala, takut bibirnya terkena muka Danial Farhan

“  You’re mine. Saya tak suka benda milik saya ada orang lain sentuh. Saya tak nak ada seorang lelaki pun dekat dengan awak macam orang depan awak sekarang ni. Hanya saya seorang saja yang boleh buat macam ni kat awak. Remember this okay?”  Perlahan sahaja Danial Farhan berkata. Hanya untuk pendengaran Marissa seorang. Serius Danial Farhan menuturkan ayat tersebut. Sememangnya dia serius dengan apa yang dia katakan. Tertahan-tahan nafasnya tadi melihat Marissa berada dekat dengan lelaki lain walaupun berada dalam situasi seperti ini. Namun mahu tergelak pun ada melihat wajah Marissa yang sudah merah. Tidak pasti sama ada wanita tersebut malu atau marah.

 Ada sedikit getar di dada Marissa dengan ayat tersebut. Namun cuba ditepis perasaan aneh yang singgah di hatinya. Dia tidak boleh jatuh cinta pada Danial Farhan. Tak boleh! Kepalanya digeleng berulang kali. Tanda tidak mahu.

“ Sayang…kenapa ni?” Risau pula Danial Farhan melihat Marissa. Selalunya ada sahaja yang ingin Marissa balas tapi Marissa senyap sahaja ketika ini. Ada perasaan tidak enak yang bermukim di dadanya. Marissa sakit ke? Tangannya dilekapkan ke dahi Marissa. Tak panas pun.

Terkesan sedikit hati Marissa mendengarkan panggilan sayang yang terluah dari bibir Danial Farhan.  Dia hanya senyap. Tiba-tiba sahaja lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Danial Farhan. Sehingga ke tingkat bawah Marissa hanya mendiamkan diri. Buka sahaja pintu lif, dia terus merentap tangan Danial Farhan yang berada di pinggangnya. Danial Farhan yang tidak bersedia terlepas pegangannya. Marissa terus menonong keluar. Laju meninggalkan Danial Farhan yang berada di belakangnya.  Sedikit lari anak dia menuju ke keretanya yang elok terparking .

Setelah siap mengunci pintu kereta, Marissa meletakkan kepalanya di stereng. Tangannya menyentuh dada yang berdegup kencang. Tidak pasti kerana larian tadi atau pun kerana Danial Farhan.




******************************



Tubuh yang penat direbahkan ke katil. Tangan dilekapkan ke dahi. Fikirannya melayang di saat pertama kali bertemu Marissa.  Sopan Marissa berbaju kurung moden yang bersulam cantik. Ringkas tapi menawan. Membuatkan banyak mata yang memandang. Termasuk la dirinya.

Rata-rata perempuan yang hadir pada malam itu memakai dress. Ramai juga yang memakai dress terbelah sehingga ke pangkal paha. Belum ditambah lagi dengan dress yang menampakkan lurah. Hanya Marissa seorang sahaja yang berbaju kurung dan bertudung. Dan ternyata pembawaan Marissa yang begitu sopan dan manis membuatnya tertawan. Dia jatuh cinta sebelum bercakap dengan Marissa! Betapa anehnya cinta.

Tapi dia hanya bertepuk sebelah tangan. Marissa langsung tidak tertarik dengan dirinya. Betapa pedihnya hati bila cinta ditolak. Kalau la dia tahu begini rasanya cinta tak berbalas, pasti dia tak akan mempermainkan perasaan perempuan. Mungkin ini balasan untuknya. Balasan kerana mempermainkan hati orang lain dengan sewenangnya.

Bagaimana lagi cara agaknya untuk melembutkan hati Marissa. Dia sendiri sudah buntu. Bagi bunga, Marissa campakkan ke dalam tong sampah. Bagi coklat, Marissa sedekahkan pada budak-budak kecil.  Bagi rantai pun dipulangkan kembali. Diajak bershopping lagi la Marissa tak nak.

Dibukanya genggaman tangan. Seutas rantai yang terukir nama Rissa dipandang lama. Dia berjanji pada dirinya sendiri apabila tiba saatnya dia akan kalungkan ke leher Marissa.


******************************

Dia hanya berjalan seorang diri di Sunway Pyramid. Alia tidak dapat ikut kerana menghadiri majlis kahwin sepupunya. Nasib badan la, kena jalan seorang.

Kakinya berhenti melangkah di depan satu butik. Dia begitu tertarik dengan baju pengantin yang dipakaikan di badan patung. Tangannya dilekapkan ke dinding kaca. Sulamannya begitu halus dan cantik sekali. Teringin pula nak pakai tapi nak buat pergi mana. Bukannya dia nak kahwin sekarang. Sayangnya…

“Awak nak pakai baju tu ke?”

Tersentak Marissa dengan kehadiran Danial Farhan. Ish, dia ni buat aku terkejut je. Nasib baik tak terkeluar jantung. Sejak bila Danial Farhan berada di situ dia sendiri tak tahu. Dia kembali mengatur langkah. Terasa langkahnya diekori. Dia menjeling bengang.

“Nanti awak pakai untuk majlis nikah kita.” Danial Farhan menutur selamba. Tidak sangka dapat terserempak dengan Marissa. Niatnya hanya ingin berjalan-jalan kerana bosan duduk di rumah. Dia tersenyum. Kalau dah jodoh lari la ke mana pun, Marissa pasti akan hidup dengannya.

Marissa hanya mencebikkan bibir. Perasan. Siapa nak kahwin dengan dia entah.

“ Tak baik buat muka macam tu kat bakal suami. Derhaka namanya.”

“Peduli apa saya. Awak bukannya suami saya pun”

Tiba-tiba badannya terasa melayang. Dalam berapa saat sahaja dia dah jatuh terduduk.  Sakit punggungnya jatuh macam tu. Macam mana dia boleh tak perasan ada kulit pisang kat atas lantai tadi. Buat malu je, dah la jatuh depan Danial Farhan.

Danial Farhan dah panik. Dia mencangkung sebelah Marissa. Nampak muka Marissa yang sudah merah padam.

“Awak ok tak? Sakit ke?”  Riak risau yang dipamerkan Danial Farhan tidak diendahkan Marissa.

Boleh pula dia tanya sakit ke tak. Memang la saki! Berdenyut-denyut punggung aku ni.

“ Tak sakit pun. Rasa seronok sangat. Rasa macam nak buat lagi la.” Sinis je Marissa membalas.

Danial Farhan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Padan muka aku! Tanya lagi soalan macam tu.

“ Sory…tu la Rissa. Derhaka lagi kat abang. Kan Tuhan dah bagi balasan.”

Marissa terdiam sebentar bila mendengarkan panggilan nama yang sudah bertukar. Rissa?Abang?ish mengarut betul.

Dia cuba untuk bangun tapi dia kembali terduduk. Ouch..sakitnya..pergelangan kakinya dipegang. Mungkin terseliuh. Baru sekarang dia terasa sakit.

“Rissa terseliuh ke? Boleh bangun tak?Sini abang tolong.” Lengan Marissa dipegangnya tapi pantas sahaja ditepis oleh wanita itu. Dah sakit pun masih nak berdegil. Keras kepala!

“Awak bukan muhrim saya. So, jangan nak mengada sentuh saya.” Keras Marissa bersuara. Dengan susah payah dia cuba bangun. Tangannya memgang dinding dan dia berjaya berdiri. Kaki kanannya dijungkitkan sedikit supaya tak jejak lantai. Sakit…

La…macam mana nak jalan macam ni. Tumit tinggi aku pun dah patah tumitnya. Marissa merengus geram.

Danial Farhan yang faham akan situasi itu menanggalkan kasut yang dipakainya.

“Rissa pakai kasut abang. Kasut Rissa dah tak boleh pakai ni.”

Marissa memandang kaki Danial Farhan yang sudah pun berkaki ayam. Erk…sungguh ke dia ni?

“Habis tu awak macam mana? Kaki ayam je ke?”

“Eh, apa pula kaki ayam. Kaki abang la ni.”

Mahu je diketuk kepala lelaki itu dengan kasutnya. Aku tanya betul-betul dia main-main pula.

Danial Farhan memandang wajah Marissa yang sudah kelat. Spontan tangannya mengusap kepala Marissa lembut seolah-olah memujuk.

Terpana Marissa dengan perlakuan Danial Farhan. Ini kali kedua Danial Farhan mengusap kepalanya. Satu perasaan halus menerjah ke dasar hatinya. Dia mendongak. Mencari anak mata Danial Farhan. Dia nampak ada selautan kasih buat dirinya di mata lelaki itu. Tiba-tiba je dadanya bergetar hebat lantas kepalanya dihalakan ke tempat lain.

“Takpe…Rissa pakai je kasut abang dulu. Nanti kita pergi cari kedai beli kasut untuk Rissa.” Danial Farhan mencangkung dan membuka kasut yang dipakai Marissa lalu disarungkan kasutnya. Memang kasutnya agak besar  tapi boleh la dipakai buat sementara waktu.

“Terima kasih.” Perlahan saja Marissa berkata. Terharu sebenarnya kerana lelaki itu sanggup berkaki ayam kerananya. Langsung tidak kisah dengan mata yang memandang. Dia pula yang rasa bersalah.

“Kasih Rissa diterima.” Marissa memandang Danial Farhan yang tersenyum. Manis pula dirasakan senyuman Danial Farhan kala ini. Baru dia perasan akan kehadiran lesung pipit yang menghiasi kedua belah pipi lelaki tersebut.


******************************

“Jom lunch. Dah masuk waktu rehat dah. Nanti kau sambung la balik kerja tu” Alia menerjah masuk bilik  Marissa.

Marissa bangun dan mencapai tas tangannya lalu mengekori langkah Alia.
Sementara menunggu pesanannya sampai matanya dihalakan ke sekitar restoran itu. Ramai juga yang datang sini untuk makan tengahari. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ki sini.

“ Aku nak suruh kau try asam pedas dia. Kau kan gila asam pedas. Asam pedas kat sini memang sedap. Sebab tu la aku bawa kau datang sini.” Alia sedar yang kawannya yang seorang ni memang gilakan asam pedas. Hari-hari makan asam pedas pun Marissa tak kisah.

Marissa hanya tersenyum. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah pasangan yang selang dua buah meja dari mereka. Di belakang Alia. Dia dapat lihat dengan jelas, tangan pasangan tersebut yang bertaut erat. Dengan tidak semena-mena pandangannya dengan lelaki tersebut bertaut. Lelaki itu nampak terkejut dengan kehadirannya. Lantas tangan yang bertaut rapat tadi lelaki itu rungkaikan.

Marissa hanya tersenyum sinis. Kalau dah playboy tu memang playboy juga la. Sikap tu tak boleh dikikis biarpun di mulut kata lain.

Hati Marissa terasa sakit. Bodohnya dia kerana hampir mempercayai yang Danial Farhan sudah berubah. Ternyata dia silap. Lelaki macam Danial Farhan memang takkan berubah. Mujur saja dia belum menerima cinta lelaki itu. Kalau tidak mana nak diletak mukanya. Tiada bezanya dia  dengan perempuan lain. Begitu mudah percaya akan kata manis Danial Farhan.

“Aku rasa aku nak balik dulu la. Aku rasa pening kepala. Lain kali aku try asam pedas dekat sini.” Terus diangkat punggungnya tanpa menunggu jawapan dari Alia. Hati yang panas perlu ditenangkan terlebih dahulu. 

Dia hanya berlagak selamba ketika lalu di tepi meja Danial Farhan. Tapi dapat dirasakan yang Danial Farhan menoleh memandangnya.

Mujur sahaja dia dengan Alia bawa kereta berasingan tadi. Derap kaki yang semakin menghampiri membuatkannya menoleh sejenak.  Danial Farhan! Apa lagi yang dia nak?

Marissa melajukan langkah. Dengan tidak semena-mena tangannya disentap dari arah belakang. Langkah kakinya terhenti. Serentak dengan itu juga dia kembali merentap tangannya namun gagal. Pegangan lelaki itu terlalu erat. Pergelangan tangannya terasa sedikit sakit.

“Abang rasa Rissa dah salah faham. Abang tak ada hubungan dengan perempuan tu” Belum sempat Marissa bersuara Danial Farhan memberikan penjelasan.

“ Saya tak tanya pun. Itu hak awak. Sekalipun dia isteri awak saya langsung tak peduli” sinis Marissa membalas. Sengaja ingin menyakiti hati Danial Farhan.

“Jangan buat abang macam ni Rissa. Sungguh abang tak tipu. Dia bukan siapa-siapa dalam hidup abang.”

“Dan awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya!” Lantang Marissa membalas.

Berubah terus riak wajah Danial Farhan. Perlahan-lahan pergelangan tangan Marissa dilepaskan. Hatinya sakit. 
Tak pernah dia rasa sakit seperti ini. Terasa hatinya disiat-siat. Sehingga ke saat ini dia tidak dapat menawan hati Marissa. Dari dulu lagi dia bukannya siapa-siapa di mata Marissa. Hanya dia yang terhegeh-hegeh sedangkan sekelumit perasaan  sayang pun tiada untuknya.

“Macam mana lagi abang nak yakinkan Rissa yang abang cintakan Rissa. I love you. Bukan untuk sehari dua tapi untuk selamanya. Rissa tak pernah beri abang peluang untuk abang buktikan yang abang sayang Rissa. 
Sampai bila-bila pun abang cintakan Rissa tapi kalau kehadiran abang hanya menyusahkan Rissa, lebih baik abang pergi. “ Buat kali yang terakhirnya dia memandang wajah Marissa. Wajah yang sentiasa menghiasi mimpi malamnya.

Biarlah kali ini dia beralah. Dia masih punya sedikit harga diri. Kalau sudah jelas orang tidak mahu untuk apa lagi dia tersua-sua.

Marissa memandang tempat lain. Tidak sudi memandang raut wajah Danial Farhan. Takut terkesan dengan kesedihan yang dipamerkan dari raut wajah itu.

“Mungkin betul kata Rissa dulu. Hati Rissa milik Rissa. Selamanya hati Rissa takkan menjadi milik abang. Serahkan hati Rissa yang berharga itu kepada orang yang benar-benar layak. Abang tak layak. Langsung tak layak. Harap Rissa gembira bila abang tiada nanti.”

Danial Farhan melangkah pergi membawa seribu kedukaan. Tak lagi berpaling ke belakang. Setitis air mata lelakinya jatuh juga.

******************************

Sebulan tanpa khabar berita dari Danial Farhan membuatkan dirinya terasa kosong. Tiada lagi bunga untuknya di pagi hari. Tiada lagi mesej dan panggilan telefon dari Danial Farhan. Mungkin lelaki itu benar-benar sudah melepaskan dirinya pergi. Patutnya dia suka tapi kenapa rasa sedih yang hadir. Bagai ditinggalkan kekasih. 

Cintakah dia pada Danial Farhan? Dia sendiri tak pasti tapi apa yang dia tahu, dia sudah mula sayangkan lelaki itu. Kerana itu dia berang bila nampak Danial Farhan berpegangan tangan dengan perempuan lain.

Tapi dia sendiri tidak memberi peluang kepada Danial Farhan untuk memberi penjelasan. Sudahnya lelaki itu benar-benar pergi dari hidupnya.



******************************



Jam sudah menganjak ke angka sepuluh malam. Baru-baru ini dia sering balik lewat. Sengaja ingin meyesakkan diri dengan kerja kerana tidak mahu berfikir tentang Danial Farhan.

Keadaan yang hening dan sepi membuatkannya ingin cepat sampai ke kereta. Penakut! Tapi nak balik lambat juga. Kutuknya kepada diri sendiri.

Seorang lelaki yang bertopi hitam sedang bersandar di sisi keretanya. Kepala lelaki itu ditundukkan. Danial Farhan! Tanpa sedar Marissa menyeru nama lelaki itu di dalam hati. Terasa rindu ingin menatap wajah lelaki itu. Dia sedikit lari anak menuju ke keretanya. Marissa semakin hampir.

Saat lelaki itu mendongakkan wajahnya spontan kaki Marissa berhenti melangkah. Dia tergamam. Di hadapannya kini bukan Danial Farhan! Tapi lelaki asing yang dia sendiri tak kenal.

Marissa ingin membuka seribu langkah, melarikan diri. Tapi belum sempat dia berbuat apa-apa dia terasa tudungnya direntap dari arah belakang. Marissa terjatuh kebelakang . Lelaki itu hanya tersenyum lebar. Tak sangka mangsanya kali ini begitu cantik sekali. Sudah lama dia perhatikan Marissa. Wanita ini sering balik lewat malam. Apabila nampak sahaja peluang, dia tak akan melepaskan wanita ini. Teringin meratah tubuh wanita yang tersalut baju kurung. Kawasan yang begitu sunyi tanpa kehadiran orang memudahkan lagi kerjanya.

Marissa sudah menggigil ketakutan. Tudungnya sudah dibaling ketepi oleh lelaki keparat itu.  Dia benar-benar berharap ada orang yang akan membantunya tapi harapannya tipis. Tiada bayang pun yang muncul.

“Tolong jangan apa-apakan saya. Kalau awak nak duit ambil la” Marissa menyerahkan beg tangannya.
Lelaki itu mengambil beg itu. Namun Marissa tergamam bila lelaki itu mencampak begnya ke tepi.

Tidak sempat Marissa melarikan diri tubuhnya ditolak kuat oleh lelaki itu sehinggakan dia jatuh terduduk. Pantas sahaja lelaki itu menindih tubuhnya. Sebilah pisau dilekapkan ke leher Marissa.

Marissa sudah menangis ketakutan. Dia lebih rela mati daripada dirogol lelaki itu. Marissa cuba melawan namun tamparan yang berkali-kali mengenai mukanya membuatkan dia lemah. Terasa ada darah yang mengalir dari celah bibirnya. Di saat bajunya direntap, dia meraung di dalam hati.

Tiba-tiba tubuhnya terasa ringan. Dia cuba untuk membuka mata. Dia nampak kelibat seorang lelaki yang menumbuk lelaki yang cuba merogolnya. Diluaskan pandangan matanya walaupun kepalanya terasa berpinar-pinar. Danial Farhan!

“Rissa…Rissa dah selamat sekarang. Abang ada” Danial Farhan memeluk Marissa erat. Cuba menenangkan Marissa yang menggigil ketakutan. Mujur dia sempat sampai. Kalau tidak dia sendiri tidak akan memaafkan dirinya.

Dah sebulan dia tidak memunculkan diri di hadapan Marissa tapi itu tak bermakna yang dia dah melupakan Marissa. Dia masih lagi memerhati Marissa dari jauh. Memang dia perasan yang Marissa balik agak lewat baru-baru ini. Selalunya Danial Farhan akan balik setelah memastikan Marissa selamat pulang cuma hari ni dia agak terlewat sedikit. Kerja yang bertambun di pejabat perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Marissa terasa selamat. Dia sangat bersyukur dengan kemunculan Danial Farhan. Setelah apa yang dia lakukan terhadap Danial Farhan namun lelaki itu masih setia melindunginya.

Entah bila Danial Farhan menyarungkan jaket ke tubuhnya  pun dia tak sedar. Marissa menjarakkan wajahnya dari tubuh Danial Farhan. Dia cuba tersenyum walaupun bibirnya perit. Tiba-tiba Danial Farhan menolak tubuh Marissa. Marissa tergamam bila nampak pisau yang terbenam di dada kiri Danial Farhan. Lelaki yang menikam Danial Farhan terkejut. Sangkanya dia mensasarkan pisaunya ke bahu tapi dia tersilap anggaran! Kalut dia melarikan diri.

Danial Farhan sudah rebah dengan darah yang mengalir keluar. Marissa menerpa ke arah Danial Farhan. Dipangkunya kepala Danial Farhan ke ribannya. Tangannya melekap ke dada kiri Danial Farhan yang ditikam. Air matanya jatuh mengenai pipi Danial Farhan. Danial Farhan membuka sedikit matanya. Pandangannya kian berbalam. Tangannya memegang pipi  Marissa.

Marissa memegang tangan Danial Farhan yang berada di pipinya.

“Jangan tinggalkan Rissa. Tolong jangan tinggalkan Rissa. Rissa tak rela abang tinggalkan Rissa. Rissa tak izinkan abang tinggalkan Rissa!”Marissa sudah tersedu. Dia semakin takut bila tangan Danial Farhan yang dipegangnya semakin sejuk. Bibirnya pula sudah membiru.

“Ab… bang ssayangkan Rissa” Payah Danial Farhan bersuara tapi dia tahu ini mungkin kali yang terakhir dia dapat menyatakannya pada Marissa. Gadis kesayangannya.

Marissa menganggukkan kepalanya. Tidak peduli dengan air mata yang lebat membasahi pipinya.

“Rissa pun sayangkan abang. Maafkan Rissa, ampunkan Rissa. Kalaulah Rissa tak berdegil, mesti abang tak jadi macam ni.”

Danial Farhan menggelengkan kepalanya lemah. Tidak suka Marissa menyalahkan diri sendiri.

“ Ja… jangan… me… menangis… sssayang. Ab… ab… abang sedih bila Riss… Rissa me… menangis.”  Suara Danial Farhan semakin perlahan.

“Abang kena bertahan. Rissa akan pastikan yang abang selamat.” Marissa ingin mencapai hanphone miliknya yang berada di dalam beg tangan tapi tindakannya terhenti bila Danial Farhan menegah.

“ A… ab… abang… sss… sssayang Rissa. Sampai bila- bila pun ab… abang ssa… yangkan Riss… Rissa.” Tangan Danial Farhan jatuh terkulai layu…

“Abang!!!!” Marissa memeluk erat tubuh Danial Farhan yang sudah tidak bergerak.

******************************

Marissa melontarkan pandangannya ke halaman rumah. Hidupnya terasa sepi sepeninggalan Danial Farhan. Sepasang anak kecil yang bermain di laman rumahnya dipandang kosong.

“Termenung panjang nampak?” Aiman Shauqi menegur Marissa dari arah belakang. Marissa hanya tersenyum memandang Aiman Shauqi yang semakin mendekat.

“Teringat kat dia?” Aiman Shauqi menyoal. Dia faham yang Marissa rindukan Danial Farhan.

Marissa terdiam. Tipu la kalau dia cakap yang dia tak rindu sedangkan setiap helaan nafasnya menyebut nama  Danial Farhan.

“Rissa teringat kat siapa?” Soal satu suara yang biasa Marissa dengar. Spontan Marissa menoleh. Danial Farhan.

Danial Farhan sudah tersenyum melihat isterinya yang bagaikan tidak percaya melihat dirinya.
Dia menarik Marissa ke dalam pelukan. Rindunya  menggunung terhadap Marissa. Dicium lembut kepala Marissa yang bersalut tudung.

“Kau ni bro, simpan-simpan la kat bilik nanti. Selamba je tayang depan aku. Tau la dah seminggu tak jumpa isteri.” Sempat Aiman mengusik Danial Farhan yang sudah tersenyum lebar. Langsung tidak kecil hati dengan usikan temannya.

“Sibuk je Aiman ni kan Rissa. Abang nak manja-manja dengan Rissa pun tak boleh” Danial Farhan membalas. Tak lama kemudian tangannya dicubit perlahan.

“Abang ni tak malu ke? Segan Rissa tau.”

“Nak segan apa? Dah memang abang sayang Rissa.”

Marissa tersenyum. Danial Farhan langsung tidak kisah mempamerkan rasa sayangnya di hadapan orang lain.

******************************

Aiman Shauqi sudah pun pulang. Tidak sangka yang kawan baiknya Alia boleh berkahwin dengan kawan baik Danial Farhan. Kanak-kanak yang bermain di halaman rumahnya  juga anak Alia dan Aiman Shauqi.

Terasa ada tangan yang memeluknya erat dari arah belakang. Marissa tersenyum manja. Dia memusingkan tubuh dan melingkarkan tangannya ke leher Danial Farhan.

“Apa yang Rissa fikir?”

Marissa merenung tunak wajah suaminya. Dia sendiri tak menyangka yang Danial Farhan boleh terselamat dari tikaman di dadanya.. Di saat dia hampir kehilangan Danial Farhan, Allah masih memberikannya peluang .  
Peluang kedua yang dia tidak akan sia-siakan. Sungguh dia cintakan lelaki ini.

“Sayang…” Danial Farhan mengelus lembut pipi isterinya. Terasa kembang dadanya melihat rantai pemberiannya terkalung di leher jenjang isterinya.

“Rissa rindukan abang. Rindu sangat-sangat.”Marissa menyandarkan kepalanya ke dada Danial Farhan.
Danial Farhan mengusap kepala isterinya, kemudiannya dia meletakkan dagunya di kepala Marissa. Sesekali dia mencium rambut isterinya . Pelukan dieeratkan.

“Ingat tak dulu abang pernah cakap ‘ jangan sampai masa tu awak taknak lepaskan saya sebab takut kerinduan’. Rissa ingat?” Danial Farhan hanya ketawa kecil bila Marissa mencubit pinggangnya. Malu diusik begitu.

“Terima kasih sebab terima Rissa. Terima kasih sebab abang sanggup beri Rissa peluang kedua walaupun dah berkali-kali Rissa lukakan hati abang. Terima kasih sebab abang sanggup serahkan hati abang pada Rissa.” Sungguh dia bahagia menjadi isteri  Danial Farhan. Danial Farhan benar-benar mengotakan janjinya dahulu untuk membahagiakannya.

“Abang pun patut berterima kasih pada Rissa sebab sanggup jadi isteri abang. Terima kasih sebab sanggup hidup dengan abang. Terima kasih sebab sanggup terima abang walaupun dulu abang playboy, orang  yang Rissa paling benci. Kalau boleh sampai nak baling muka abang dengan kasut.”

Tergelak Marissa mendengarkan bicara suaminya.  Dicium lembut pipi Danial Farhan.

“Sekarang ni hati Rissa dah bukan milik Rissa lagi tau. Hati Rissa dah jadi milik abang.” Danial Farhan membisikkan kata itu di telinga Marissa. Marissa tersenyum bahagia

Hati aku kini bukan milik aku. Ianya milik Danial Farhan … Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku kebahagiaan ini… Semoga ianya berkekalan. Amin…


15 comments:

  1. good try
    waiting 4 ur next cerpen n novel

    ReplyDelete
  2. aiyark.. ingat mati .. huhukk... nice2.. ^_^

    ReplyDelete
  3. gila ah. ada masa tulis panjang.

    ReplyDelete
  4. best la cerpen ni... nnnty buat la cerpen lagi!!!.. hehhe... ^_^_^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...kalau ada masa sy akn buat cerpen lagi. thanks sbb bc :)

      Delete
  5. nk next cerpen..hahahaha
    nice try n deabakkk
    fighting~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq titi... :)
      scond crpen otw...skit lg nk siap..hehe

      Delete
  6. good idea cerpen nie.. nnti jgn lupe follow sy yer..tqvm

    ReplyDelete
  7. serius cite ni memg best walaupown pendek..

    ReplyDelete
  8. Bestnyer....... nak lagi boleh tak??
    Heheheee

    ReplyDelete
  9. hero u semua bad boy style la. tapi i suke sngt. jatuh cinta bekali2 ngan hero u.. love cerpen u

    ReplyDelete