Monday 18 March 2013

Akanku Tawan Cintamu! 6




Ayu teragak-agak untuk mendekati tubuh yang baru sahaja melabuhkan duduk di kerusi. Kepalanya dipusing kiri dan kanan mencari kalau-kalau ada teman sekerja lain yang tidak sibuk. Malangnya masing-masing sibuk melayan pelanggan. Nak tak nak Ayu menghampiri lelaki yang sedang menunggu untuk diambil pesanan.

“ Nak makan apa encik?” Ayu bertanya perlahan. Risau jika lelaki itu mengherdiknya seperti beberapa hari lepas.

“ Bagi saya nasi goreng ayam dan  air laici.” Firyal memesan makanan sambil matanya meliar ke sekitar kedai makan itu. Agak ramai juga yang makan tengahari di situ. Suasana sedikit bising tapi dia tidak kisah. Ada sesuatu yang telah direncanakannya. Bibirnya tersenyum nipis.

“  okay…” Ayu ingin berlalu tapi dia memusing kembali badannya bila Firyal memanggilnya. Kenapa pula ni? Salah apa pula yang dia lakukan kali ni? Jangan la lelaki itu memarahinya seperti hari itu. Malunya masih berbaki lagi.

Firyal tersenyum sinis bila wajah gadis itu seperti takutkan dirinya. Patut la macam kenal, rupanya gadis itu lah yang tumpahkan air pada bajunya. Takut aku marah lagi la tu. Tu yang buat muka macam tertelan kapur.

“ Saya nak  Alma yang masakkan nasi goreng ayam tu untuk saya. Air tu pun biar dia yang bancuh. Lepas tu awak suruh dia hantar sendiri makanan tu pada saya.”

“  Err…tapi encik.” Gila apa nak suruh  Alma yang buat semua tu. Tak pernah lagi dia jumpa pelanggan macam ni. Over betul. Makan kat rumah la kalau nak lebih-lebih.  Suruh orang gaji masakkan sendiri. Ini tidak, bosnya yang comel tu juga di suruh.

“ Dah, awak boleh pergi.” Firyal menghalau gadis itu menggunakan isyarat tangan. Eh budak ni, yang dok tercongok je kat sini dari tadi kenapa. Perutnya dah lapar ni. Ada juga yang kena sembur macam hari tu karang.

“ Encik…” Ayu masih tak berganjak. Dia ingin berkata lagi tapi sempat dipotong oleh Firyal.

“ Jangan buat saya ulang dua kali.” Firyal memberikan amaran. Suaranya didalamkan. Mukanya pula diseriuskan. Hatinya digeletek bila dengan pantasnya gadis itu pergi ke bahagian belakang kedai. Tau pun takut. Ingatkan berani sangat tadi.



*****************


Alma menarik kasar kerusi di hadapan Firyal. Menyampah bila lelaki itu hanya selamba. Kenapa lelaki itu muncul lagi? Sudah dikatakan yang dia tidak mahu lelaki itu muncul di depannya lagi. Besar sangat ke permintaannya? Bukannya dia suruh Firyal kahwin dengan dia, itu pun payah sangat ke nak tunaikan? Dah dapat penampar sulungnya hari tu pun masih tak serik lagi ke munculkan dirinya di situ? Alma mengetap bibir. Kebenciannya terhadap lelaki itu sampai bila-bila pun tidak akan berkurang malah semakin hari kebenciannya semakin bertambah.

“ Mana benda yang aku order tadi?” Firyal mengerutkan dahinya. Punya lama dia tunggu, alih-alih Alma muncul dengan tangan yang kosong.

“ Handsome sangat ke aku ni sampai dari tadi kau pandang muka aku?” Firyal tersenyum sinis bila dari tadi Alma hanya memandang mukanya tanpa sebarang kata. Pasti Alma marah dengan kehadirannya di sini. Lebih-lebih lagi pertemuan mereka yang sebelum ini berakhir dengan pertengkaran.

“ Awak jangan nak loyar buruk ! Kenapa awak datang sini lagi?” Muka handsome tapi kalau perangai buruk nak buat apa.

“ Sepatutnya kau suka kalau pelanggan datang, ini macam nak menghalau pulak. Macam mana la kedai ni nak maju kalau sikap kau macam ni.” Entah kenapa Firyal suka melihat wajah itu bertukar merah. Nampak manis! Ah, gila apa aku fikir macam tu.

“ Bisnes saya maju ke tak maju ke, tak ada kena mengena dengan awak. Saya haramkan awak jejakkan kaki ke sini lagi.” Dia tak luak pun kalau Firyal tak menjadi pelanggannya. Lagi dia suka ada la! Selagi Firyal ada, selagi itu la sakitnya tidak hilang. Sakit yang telah menjadi parut. Parut yang akan sentiasa kekal di hatinya. Bagaimana lagi cara untuk melenyapkan wajah itu dari terus muncul di depannya?

“ Well…suka hati aku la sama ada aku nak datang ke tak nak. Kau tak ada hak nak halang aku.”  Mata yang bundar itu dia renung penuh minat. Cantiknya mata dia…Firyal terleka sejenak.

“ Ini kedai saya. Jadi saya ada hak untuk arah awak keluar dari kedai saya sekarang jugak. Lagipun takkan la orang kaya macam awak ni dah tak ada tempat lain nak makan. Kan banyak lagi hotel-hotel kat luar sana. Setakat kedai saya ni, apa la sangat.” Alma mengalih pandangan bila mata coklat cair itu menatap tepat ke dalam matanya. Suka sangat pandang orang macam nak telan. Cungkil biji mata tu baru tau.

“ Aku nak rasa kau masak.” Firyal menopang dagu. Matanya masih ralit merenung mata yang masih tidak sudi dipandang sepasang matanya.

“ Gila! Jangan harap saya nak masak untuk awak.” Dah buang tabiatkah lelaki ini? Tiba-tiba dia disuruh masak. Jangan harap!

“ Kau nak ke kau tak nak ke, kau tak ada pilihan. Kau tetap kena masak untuk aku.” Pasti Alma bengang dengan permintannya. Memang itu pun tujuannya datang ke sini, mahu wanita itu naik darah. Dia akan sentiasa muncul untuk mengganggu hidup wanita itu. Kenapa dia lakukan itu semua? Dia masih lagi mencari jawapannya.

“ Awak jangan nak bermimpi di siang hari la. Bukan hari ni je saya tak sudi masak untuk awak tapi selagi saya hidup, saya takkan buat apa yang awak suruh. Awak tak ada hak untuk mengarah saya!” Alma menahan perasaan, sedaya upaya ditahan untuk tidak menjerit. Selama ini dia begitu tenang  bila berhadapan dengan apa jua situasi tapi bila dihadapkan dengan Firyal ternyata ketenangan yang selama ini sebati dengan dirinya  tidak dapat bertahan dengan lebih lama. Mudah saja darahnya naik.

“ Jadi aku boleh dapat  hak tu kalau aku kahwin dengan kau?” Firyal menyoal. Ingin melihat reaksi Alma.
“ Jangan nak mengarut kat sini boleh tak?” Alma membulatkan mata. Kahwin? Mati hidup semula pun dia tidak sudi menjadi isteri lelaki itu.

“ Mengarut apa pula. Betul la apa yang aku cakap tadi. Kalau kau jadi isteri aku mesti la kau kena masakkan untuk aku. Kan? Itu tanggungjawab kau.” Firyal tersenyum senget. Lekuk di pipi kirinya kelihatan. Dia bersandar ke belakang kerusi. Tangannya memeluk tubuh.

“ Yang awak melalut sampai isu suami isteri ni kenapa? Lagipun siapa yang nak jadi isteri awak?” Alma mencerunkan matanya. Sinar kemarahan jelas terpancar di sepasang mata bundar itu. Nafasnya turun naik.

“ Kau la yang jadi isteri aku. Kau tak nak? “ dia masih lagi ingin menaikkan darah Alma. Wajah di depannya merah. Wajah itu selalu merah bila mereka bertemu. Mana taknya kalau dia sering saja menaikkan kemarahan wanita itu.

“ Mati hidup semula pun saya tak sudi. Sekarang ni saya arahkan awak keluar dari kedai saya. Please…just go.” Suaranya dikendurkan. Dia benar-benar mahu Firyal pergi dari situ. Hatinya masih lagi terkenang akan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Sakitnya masih terasa.

“ Aku takkan pergi selagi kau kau tak buat apa yang aku suruh.” Firyal berkeras. Dia akan pastikan dia dapat apa yang dia mahukan. Walaupun Alma tak rela tapi dia tak peduli. Kalau sudah dikata yang dia mahu, dia tetap akan dapatkan tidak kira la bagaimana cara sekalipun.

“ Okay, fine. Awak nak sangat makan kan? Saya suruh pekerja saya masak, lepas tu awak boleh pergi dari sini.” Alma beralah. Susah betul bila bercakap dengan orang yang keras kepala macam Firyal.

“ Aku nak kau yang masak, bukan pekerja kau. Aku dah guna bahasa yang mudah untuk kau faham, takkan tak faham-faham lagi.”

“ Saya dah cakap tadi kan, yang saya tak akan masak untuk awak. Kenapa degil sangat?!” rasa macam nak je ambil gelas di meja sebelah dan dituangkan di kepala lelaki itu. Biar padan muka!

“ Kalau macam tu, jangan harap aku akan keluar dari sini. Aku akan tercongok kat sini sampai kau masak untuk aku.” Firyal tak mahu beralah. Kalau Alma berdegil, dia juga akan berdegil. Nak suruh masak pun susah. Bukannya disuruh berperang!

“ Awak jangan nak melampau.”

“ Hello miss Alma Nadira, aku ni customer kau. Kau patut layan aku dengan baik.”

“ Saya tak sudi ada customer macam awak.” Tanpa Alma sedari dia memuncungkan mulut. Lagaknya begitu tak puas hati.

Firyal menelan liur. Entah kenapa bibir itu kelihatan begitu menarik dipandangan matanya. Dadanya bergetar. Matanya dialihkan. Menahan gelodak hati yang bergelora. Kenapa dengan aku ni?

“ Jangan buat muka macam tu.” perlahan suara Firyal menegur.

“ Kenapa? Ada masalah ke kalau saya buat muka macam ni?” Alma mengerutkan dahi. Apa masalah lelaki ini?

“ Kalau kau nak aku cium kau kat sini kau buat la muka macam tu.” Firyal senyum sinis bila wajah Alma berubah. Agaknya kalau tak dikenangkan mereka berada di khalayak ramai pasti penampar Alma sudah hinggap di pipinya.

“ Awak jangan nak kurang ajar!”

Better kau masak untuk aku sekarang dari kau buang masa membebel kat sini. Lagi lama aku kat sini kalau kau tak buat apa yang aku suruh.” 

“ Okay fine!” Alma menolak kerusi kasar. Sengaja dia langgar meja itu biar bergegar. Firyal terkejut.

“ Ops…sengaja.” Alma mengejek.

Firyal menggeleng kepala. Alma ni…aishhh



*****************



“ Eh Alma buat apa kat dapur ni?” Hanif pelik bila Alma masuk ke dapur. Kebiasaannya Alma akan duduk di meja cashier ataupun mengambil order. Kalau tidak pun pasti Alma duduk di bilik kerjanya. Kadang-kadang je Alma akan masak di dapur semenjak menambah beberapa orang pekerja.

“ Saya nak masak sekejap. Ada customer gila yang suruh saya masak untuk dia.” Alma menuang minyak bila kuali sudah panas.

“ Tak apa. Biar abang Hanif je yang buat.” Hanif menegah. Dia cuba rebut sudip dari tangan Alma tapi Alma mengelak.

“ Tak apa lah abang Hanif. Biar saya yang masak. Tahu la saya nak buat apa.” Tangannya cekap melakukan kerja. Sesekali dahi yang berpeluh dikesat dengan hujung lengan. Cili diambil segenggam dan dipotong halus sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Dia tersenyum sinis. Nak sangat aku masak kan? Kita tengok sama ada kau suka pedas ke tak.



*****************


“ Jemputlah makan. Saya masak khas untuk awak.” Alma meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng ayam dan air laici di meja. Semerbak bau itu membangkitkan selera Firyal. Alma tersenyum.  Tak sabar menanti reaksi Firyal sesudah merasa makanan itu.

“ Ha…macam tu la. Baru selera sikit aku nak makan.” Firyal menyuap sesudu ke dalam mulutnya. Belum sempat dia telan mukanya sudah berubah, merah padam. Pedas! Cepat-cepat ditelan. Laju tangannya menyedut air laici yang berada di atas meja.

Purrr…. Air tersembur keluar dari mulut Firyal. Masinnya!

“ Air…aku nak air.” Firyal mengibas mulutnya yang terasa pijar. Pedas dan masin! Alma memang sengaja!
Dia buat tak peduli pada Firyal yang mahukan air. Padan muka! Nak sangat paksa dia masak. Alma mengelap tangannya menggunakan tisu. Basah tangannya dengan semburan dari Firyal. Ceh, tak senonoh.
Firyal bengang bila Alma buat tak tahu. Pedasnya tak dapat ditahan lagi. Berapa banyak cili yang Alma gunakan? Nak bagi dia mati ke?  Tangannya panjang menjangkau air di meja sebelah. Lalu diteguk rakus bagaikan setahun tak minum air. Bibirnya terasa pijar dan tebal.

Hei, that’s my drink.” Tegur orang sebelah. Tak puas hati bila air miliknya diambil oleh  Firyal.

I’ll buy you a new drink. Sorry…” Firyal meminta maaf. Tangannya diangkat. Sejenak kemudian Ayu mendekat. Firyal memesan air yang baru untuk lelaki di meja sebelah. Ayu hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu pergi.

“ Kau nak bunuh aku ke?!”

“ Kenapa? Tak sedap ke?”  Alma tersenyum sinis. Sengaja dia bertanya padahal memang dia tahu masakannya itu memang tak boleh ditelan. Segenggam cili api dimasukkan ke dalam nasi itu. Air laici pula dia bubuh garam satu senduk besar. Firyal patut diajar! Bukan semudah itu untuk mengarahnya itu ini.

“ Kau memang sengaja nak kenakan aku.” Tak terfikir pun yang Alma akan membalas begitu. Ingatkan Alma betul-betul masakkan untuknya. Pandai pula dia berlakon. Dah la pedas gila! Air pula masin yang amat! Darah tinggi pulak jadinya.

“ La… tadi awak jugak yang suruh saya masak. Bila saya dah buat awak cakap macam tu pulak, menyesal saya masak untuk awak.” Alma pura-pura mengeluh. Cepat la keluar dari sini. Hatinya berbisik.

“ Eh, apa ni?” Alma terkejut bila Firyal menyuakan sudu ke mulutnya. Spontan kepalanya dijauhkan ke belakang.

“ Nasi la. Aku nak kau rasa. Kau jugak yang masak benda ni tadi kan.” Firyal mendekatkan sudu ke mulut Alma. Biar Alma turut rasa kepedasan yang sama.

“ Saya masak untuk awak, bukan untuk saya.”

“ Aku dah kenyang. Sekarang aku nak kau makan.” Firyal tetap menyuakan sudu itu dekat pada Alma.
Alma menepis tangan Firyal tapi Firyal pantas mengelak.

“ Apa awak ni. Saya tak suka la. Jangan paksa saya buat apa yang saya tak suka!” matanya dibulatkan. Kenapa lelaki ini begitu menyakitkan hati?

“ Aku tak peduli. Aku nak kau makan jugak.” Siapa suruh mainkannya. Firyal geram.
Alma mahu bangkit tapi tangannya sempat ditarik oleh Firyal, membuatkannya terduduk kembali.

“ Jangan harap aku akan lepaskan kau. Cepat nganga mulut. Kalau tak aku cium kau kat sini.” Firyal mengugut. Aku buat betul-betul kat sini nanti baru tau.

Alma menelan liur. Gila apa nak telan nasi tu. Dia tak sanggup. Dah la banyak cili yang dia masukkan. Tambah pula dia bukannya tahan pedas. Menyesal pula permainkan Firyal. Alma mengeluh.

“ Kau tau kan yang aku boleh buat lebih dari tu.” Firyal bersuara bila Alma masih mengelat untuk buat apa yang dia suruh. Masak lagi pedas-pedas macam ni, biar Alma pula yang rasa.

Alma mengambil sudu dari tangan Firyal dan mengambil sedkit nasi dari pinggan sebelum sumbat ke dalam mulutnya. Beberapa saat sahaja muka Alma sudah merah. Matanya berair. Pedas! Pedas sampai ke kepala…

“ Sedap kan?” Firyal mengejek. Sejenak kemudian dia bangun. Ambil air mineral water dalam peti sejuk bersebelahan cashier. Lalu dihulurkan kepada Alma. Hatinya belas bila air mata mengalir di pipi itu. Tak tahan pedas sampai macam tu sekali.

Alma mengambil air dari tangan Firyal dengan kasar. Tanpa mempedulikan Firyal yang masih memandangnya, dia menelan air itu. Hampir satu botol juga dihabiskan. Air mata masih lagi mengalir. Hidungnya juga sudah berair. Dia memang tak tahan pedas! Begini la yang akan terjadi bila dia makan sesuatu yang pedas. Pedas yang tak boleh ditahan.

“ Pedas sangat ke?” prihatin Firyal bertanya. Tak sangka sampai begitu sekali reaksi Alma. Kalau dia tahu, dia tak akan paksa wanita itu.

Alma menjeling. Rasa nak dihempuk je kepala Firyal dengan botol ni.

“ Saya benci awak.” Keras Alma membalas. Sungguh, dia benci dengan lelaki yang bernama Firyal ini.

Oh really? But I like you…”



Bersambung…

No comments:

Post a Comment